- Feb 26, 2013 17:36:04.
MARANG – Empat lelaki ditahan kerana bertindak mencekik leher dan mengugut bunuh seorang penyokong parti PASLebih 100 Anggota Pas Kampung Kerdas Gombak Sertai Umno. Read more ... » yang keluar parti itu untuk menyertai UMNO di Kampung Jerung Seberang, Wakaf Tapai di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang, mangsa Ramli Abdullah, 53 tahun bersama isteri 50-an dan anak berada di rumah sebelum didatangi empat suspek yang tinggal di kampung sama lantas mengugut untuk membunuh dan membakar rumahnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K.Manoharan berkata kejadian itu berlaku apabila suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan mangsa yang mewakili 81 lagi penduduk menaikkan kain rentang berbunyi 'Kami Penduduk Kampung Bukit Cempedak Sokong UMNO'.
Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini, semasa di rumah itu, berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek sebelum seorang daripada mereka yang berusia 34 tahun bertindak menarik dan mencekik leher mangsa.
Manoharan berkata isteri dan anak mangsa menyaksikan tindakan suspek yang juga mengugut mahu membunuh serta membakar rumah mangsa kerana keluar parti dan menaikkan kain rentang itu.
"Insiden keluar parti ini berlaku dua bulan lepas apabila mangsa yang juga ketua kepada 81 orang dari kampung itu keluar parti dan menyertai UMNO serta mahu menubuhkan cawangan baharu di kampung itu," katanya.
Manoharan berkata ekoran kejadian itu mangsa membuat laporan di Balai Polis Wakaf Tapai pada jam 9.30 malam hari sama kerana bimbang keselamatannya sekeluarga.
Katanya keempat-empat suspek berusia 34 hingga 38 tahun yang masing-masing bekerja sebagai tukang rumah dan bekerja sendiri ditahan di rumah masing-masing hari yang sama selepas laporan dibuat.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah," katanya.
Justeru beliau menasihati orang ramai yang tidak berpuas hati berhubung parti politik supaya tidak bertindak sesuka hati, sebaliknya meminta pendapat ketua parti politik masing-masing, atau membuat laporan polis.
Arikel berkaitan: 4 ditahan ugut bunuh ketua kumpulan 81 orang ahli PAS keluar parti
- Suspek mangsa bunuh Ketua Wanita Umno ditahanALOR SETAR - Seorang lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan bekas Ketua Wanita Umno cawangan Kampung Bukit Hangus, Jeneri, Sik pada Jumaat ...
- Mangsa rogol lari berbogel minta bantuanTerkejut dengan perbuatan teman lelaki yang tergamak menodainya, seorang pelajar tingkatan dua yang berjaya melepaskan diri daripada kekasihnya itu, sanggup berlari dalam keadaan berbogel sambil ...
- Isteri Muda 17 Tahun Maut Dipukul Suami, Suami Direman 7 HariIsteri Muda 17 Tahun Maut Dipukul Suami Seorang isteri muda yang baru berusia 17 tahun, yang baru berkahwin empat bulan lalu, maut dipercayai dipukul suaminya. ...
- Kondom Dalam Beg Sekolah AnakHULU SELANGOR: Luluh hati seorang ibu apabila menemui kondom dalam beg sekolah anak gadisnya yang berusia 15 tahun sebelum gadis itu membuat pengakuan ada melakukan ...
- Kanak-kanak 12 tahun dirogol selama 2 bulanBATU GAJAH - Selepas dua bulan menyimpan rahsia menjadi mangsa nafsu serakah kerakusan seks bapa saudara sendiri, akhirnya kanak- kanak perempuan berusia 12 tahun membuka ...
- Kerana Curang Suami Bunuh IsteriDipercayai kerana curang seorang suami bertindak membelasah seorang lelaki sehinga mati sebelum membunuh isterinya. Kejadian berlaku di sebuah rumah di Kampung Changkat, Gombak, Selangor awal ...
- Jurujual Dirompak & Dirogol Di KemamanKEMAMAN: Seorang jurujual berumur 18 tahun mengharungi pengalaman pahit setelah dirompak dan dirogol oleh seorang lelaki di Chukai, di sini, Sabtu. Dalam kejadian pukul 10.30 ...
- Dirogol depan adik, sepupuPETALING JAYA – Enggan hanya berpuas hati dengan hasil samun, seorang lelaki yang memecah masuk ke dalam sebuah apartmen dihuni lima gadis bertindak merogol salah ...
- Dukung dalam kereta sebelum dinodaSABAK BERNAM: Perjalanan pulang dua beradik ke rumah selepas membeli kad prabayar berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka dirogol dalam kereta selepas motosikal yang mereka ...
- 'Pengamal Perubatan' Ditahan Ketiba Cuba Lakukan Seks Ke Atas Pesakit SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) menahan seorang lelaki yang mendakwa diri sebagai pengamal perubatan Islam ketika cuba melakukan seks ke atas ...
- Penggal Kepala Majikan Kerana BerangAkibat tidak puas hati , seorang lelaki warga Pakistan bertindak membunuh majikannya di Bentong, Pahang. Mangsa, Harjit Singh Bachan Singh, yang juga ipar kepada Timbalan ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan