Isnin, 11 Februari 2013

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


I am Kila: [Cuti-Cuti] D&#39;Lagoon, <b>Pulau Perhentian</b> Kecil

Posted: 04 Feb 2013 08:59 PM PST

Bersama dengan saya Kila lagi dalam segmen bercuti sampai lobammm... Haaaa Kila nie selagi tak penat selagi tu lah berjalan, berjalan, berjalan... Kali nie nak cerita berkenaan bercuti di Pulau Perhentian, Terengganu. Kila bercuti di Pulau Perhentian Kecil bersama 7 lagi kawan2 baik donia akhirat :p 
Tempat penginapan yang dipilih ialah D'Lagoon. Kenapa pilih sini? Sebab utama ialah tempat nie mcm jauh dari hiruk pikuk riuh rendah orang ramai dan pakej aktiviti jugak disediakan. Senang bukan ;)
Pendapat Kila lepas menginap di sini:
- Tempat privacy sangat, banyak  matsaleh wehhhh, wiwitttt :p
- Air serius jernih.... tapi bayak batu2 kecik kena hati2 sikit.
- Bilik okay je standard macam chalet. *Tapi kalau ramai mandi at the same time, air paip slow sket. Take turn wehhhh, take turn!
- Yang paling best, makanan diorang sediakan sedap sangat wehhhhh nie siyes x tipo!
- Ade pakej lengkap, korang xyah pikir lepas nie nak buat apa...nak buat apa.
- Bunyik air laut dekat je. Kalau ade time rilek2 tu bole lepak dekat pangkin yang diorang sediakan. Buaian tu pon ade, tempat nie mcm teluk so korang mmg dekat sgt2 dgn pantai
-Best tak boring(tak sempat nak boring pon). Ade mainan board diorang sediakan kalau nak santai2 dengan kawan2. Congkak, Chess pon ade tau. Tapi kitorg main daun terup, baru macho! hahaha
Kami gerak tengah malam tu 3 buah kereta, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu mengambil masa 8jam. Sampai di jeti sana kami breakfast, lepas tu tunggu feri dan gerak terus ke D'Lagoon yang mengambil masa dalam 1jam(lambat sikit sebab diorang hantar orang2 kat pulau lain2 dulu). Sampai sana kami disambut dengan air oren, aphal tah rase sedap gile tibe2. Mungkin sebab haus sangat....air oren je kottt~
Okeh, petang tu pakcik tu panggil pergi snorkeling tengok penyu. Dia bawak 2 3 tempat jugak la. Seronok sangat korang, air jernih sangat. Diorang provide life jacket dengan J tube, so kalau takde pon tak payah risau. Kalau yang gedik2 taktau berenang terapung bagai, jangan  takot. Korang da pakai life jacket tu terjon je la, nescaya korang terapung dengan sendirinya. Percayalah~~ *tetiba lagu ct
Kalau da takot sangat2 nak terjun, tapi takot duit rugi sebab da bayar hahaha, korang mintak je tolong pakcik ke abang yang bawak tu. Ini kes kami budak2 perempuan, *wink3. Nanti diorang terjun sama siap bawakkan lagi tempat2 yang banyak ikan.
Next day, pagi tu  lepas berakfast kitorg sambung snorkeling lagi sebab ade dalam 2 tempat lagi tak pegi. Lepas tu balik makan tengahari, petang tu kitorang naik banana boat dengan flying fox. Korang banana boat tu bukan tepi pantai tau, diorang buat tengah laut biru. Muka kami2 nie pon naik biru kecot perot lepas naik banana boat tu. Kalau da sampai masa pakcik tu terbalikkan banana boat tu, korang jatuhkan je la badan korang tu sebab kalau korang tahan2 nanti tangan bole terkehel lagi susah. Takyah risau, pakai life jacket kan. Lain la akak Kila nie, akak pro......hahahahaaaaa
Lepas aktiviti tu kitorang pegi short distance jungle trekking. Nanti sampai sebalik pulau tu, bole tangok sunset. Perjalanan dalam 15minit, jungle trekking nie takde orang bawakkan pandai2 la jalan. Nie takyah risau, trek da ade cuma perlu ikot je trek. Jangan ikot suke hati pulak, kang tak sampai! 


Next day, pagi tu aktiviti santai2 sendiri je. Kami sewa J tube lepas tu snorkeling area pantai depan tu je. Petang tu pulak kami pergi jungle trekking yang panjangggggg hommai penat sangatt T_T. Perjalanan tu amik masa dalam 1 jam jugak sebab banyaknye pit stop haha. Nanti sampai satu point boleh rehat2 dekat area windmill tu. Permandangan cantik sangat time tu. Kami lepak2 situ kejap snap picture bagai, lepas tu sambung balik. Trek nie penghujungnye sampai dekat long beach. Pantainye lagi panjang, lagi ramai orang lagi hapenning, malam2 ade disco dumdam2 hahaha. Eh, kawan2 next time kite datang tempat bising pulak la  :p

Okay, cukup la tu Kila merapu2 panjang pulak rasenye. Total untuk 4hari 3malam semua termasuk minyak kereta makan dan bagai2...Kila rase dalam RM500++ je. Oke la kan. Pakej D'Lagoon nie RM450 semua termasuk makan pagi, tengahari malam dan aktiviti. The best part is makanan die SEDAP sangat weh... Two thumbs up~!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads