Ahad, 3 Februari 2013

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Cuti-Cuti Terengganu: <b>Pulau Kapas</b>

Posted: 11 Jun 2012 08:44 AM PDT

Jeti Pulau Kapas hanya terletak di Marang , ramai yang keliru kerana di Terengganu ada banyak pulau . So , kalau nak pergi Pulau Kapas kena datang di Marang , Kalau nak pergi ke Pulau Redang barulah pergi ke Merang , tapi sekarang kalau nak pergi ke Pulau Redang boleh naik bot dari Jeti Syahbandar di Kuala Terengganu je .

Ok , ni dia jeti perlancongan marang . Banyak perkhidmatan bot yang disediakan , terdapat 6 kaunter tiket untuk bot ke Pulau Kapas . Harga terkawal untuk perjalanan bot pergi & balik adalah RM 40 , jika bawa group lebih daripada 10 orang confirm dapat discount . Bagi yang nak pergi day trip boleh la ambik tiket bot jer . Bot paling awal bergerak pada pukul 9.30 & paling lewat 4.30 petang . Bagi yang nak overnight kat Pulau Kapas , korang boleh pilih sama ada nak bilik untuk bermalam sahaja ataupun pakej .

Pakej Pulau Kapas
(Kapas Coral Beach Resort)
(Kapas Island Resort)
-Bilik untuk bermalam
-Makan pagi , makan tengah hari & makan malam
-Bot pergi dan balik dari Marang .
-Trip snorkeling 2 jam sekali dengan alatan untuk snorkeling .

**lain2 aktiviti mcm kayak , pusing2 pulau , tgk baby turtle , jungle tracking tu boleh discuss2 balik harganya kalau nak letak skali dalam pakej .


Bila dah ada dalam bot , semestinya korang kena pakai "LIFE JACKET" untuk keselamatan & seperti yang korang tengok dalam gambar ni "NO SMOKING" . Tapi sesetengah bot tu cuma letak jer , padahal yang bawak bot tu sendiri yang buat nyer .. korang tgk la sendiri bila dah naek bot ni , hahaha . Jadi perjalanan ke Pulau Kapas ni mengambil masa dalam 20 minit jer , nampak jer dekat .. bagi yang mabuk2 laut tu jangan nak bimbang sangat sebab orang akan mabuk bila bot berhenti jer , bila bot tengah bergerak takder mabuk nyer .. hehe , laenlaa kalau korang pergi mencadat sotong ..
Akhirnya dah sampai ke Pulau Kapas & seperti yang korang tgk pada gambar di atas adalah Jeti Pulau Kapas . Kebanyakan bot akan mendarat disini , tapi sesetengah bot hantar berdekatan dengan resort iaitu di tepi pantai . So , korang boleh pilih samaada nak mendarat kat sini ataupun di tepi pantai . Its your choice .
Bila dah mendarat kat Pulau Kapas ni , 1st thing korang kena buat ialah cari tempat berteduh dulu bagi yang day trip tuh . Bagi yang dah ambik bilik tu check in lah dulu di resort yang korang dah booking .. Di Pulau Kapas ni ada banyak resort , disini saya listkan nama2 resort :

-Kapas Coral Beach Resort
-Kapas Island Resort
-Mak Cik Gemuk Resort
-Kapas Turtle Valley
-Lighthouse Resort
-Kapas Beach Chalet
-Qimi Chalet
-Pak Ya Sea View Chalet



Ini adalah gambar bilik di resort Kapas Coral Beach ,  bilik ni baru siap awal tahun 2012 . Bilik ini ada 1 katil queen 1 katil single , bilik ada penghawa dingin , bilik air kat dalam & ada tv LCD . KCB ni diantara resort-resort yang mempunyai bilik seaview . Harga-harga bilik kat sini bergantung kepada kedudukan bilik , semua bilik design sama je . Elektrik disini 24hours , menggunakan generator solar . 

Peralatan sea sports boleh didapati di sini , RM 15 untuk google & life jacket selama 1 hari . Macam-macam aktiviti korang boleh buat di sini contohnya berkayak , snorkeling , island hoping , tgk baby turtle di gem island , scuba diving . Setiap aktiviti ada harganya : ) x mahal pun , biasa2 jer ..

Bagi yang ada lesen untuk diving boleh la try diving kat Pulau Kapas ni , kalau nasib korang tinggi boleh jumpa dengan penyu . Lau tak tgk ikan nemo jer lah , haha ..

Kat Pulau Kapas ni ada Taman Laut di antara Pulau Gemia & Pulau Kapas . Mempunyai banyak hidupan laut yang masih terpelihara sampai sekarang , Nak masuk taman laut ni tak perlu kena bayar pun , dah termasuk dalam pakej snorkeling ( bagi yang ambik pakej snorkeling by boat ) . Snorkeling ni senang jer bagi yang jenis tak takut air . Tapi bagi individu yang jenis takut air , jangan bimbang sebab life jacket ada . Korang tak akan tenggelam , cuma korang kena belajar cara menggunakan google dan bernafas melalui mulut sahaja . 


Pulau Kapas ni sebenarnya sesuai untuk buat family day sebab keadaan pantai yang luas . Boleh buat macam2 aktiviti pesisir pantai contohnya bola pantai , bola tampar pantai , sukaneka & macam2 lg .

By : Nasrul

-Nantikan entry Jelajah Pulau yang lain pada masa akan datang . Sebarang pertanyaan korang boleh tanya kami :

*Nasrul : 014 500 6948
Email     : cuticutiterengganu13@hotmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads