Ahad, 17 Februari 2013

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


SEMUT HITAM: MALANG HADI AWANG <b>DI MARANG</b>!!!

Posted: 17 Feb 2013 05:15 AM PST

Korang ingat lagi tak kisah Si Hadi Awang ni nak angkat kaki dan bertanding di Pekan tak berapa lama dulu? SH pasti korang mesti ingat ye tak sebab cerita tu memang panas.

Tapi, sekarang apa dah jadi? Sekarang cerita tu dah jadi basi sebab terang - terangan orang di Pekan takkan terima Si Hadi Awang tu. Konfirm dia akan kalah.

Ramai diantara pemerhati Politik menyatakan bahawa hasrat Si Hadi Awang tu sebenarnya hanay untuk membunuh diri dalam Politik. Itu je tujuan dia.

Mana tidaknya. Dia sendiri memang dah sedia maklum dengan situasi serta senario tersebut. Dia sendiri dah tau bahawa tindakan itu hanya dianggap 'Political Suicide'.

Tapi, hasrat Si Hadi Awang tu dihalang oleh beberapa pemimpin PAS sendiri, kecuali Si Pak Berahim. Hakikatnya, Pak Berahim yakin Hadi Awang takkan berani nak ke Pekan.

Mungkin disebabkan kebaculan pemimpin - pemimpin Pakatan nak mencuba nasib di Pekan membuatkan budak - budak hingusan GM13 tu mengambil tindakan paling bodoh.

Diorang pulak nak letakkan calon diorang untuk bertanding dikawasan tersebut. Yang kelakarnya, nak letak calon cari orang luar. Kenapa tak cari orang Pekan sendiri?

Persoalan asalnya, kenapa Si Hadi Awang tu sanggup nak tinggalkan kubu kuat dia di Marang? Adakah dia sudah hilang keyakinan terhadap pengundi dikawasan dia sendiri?

Mungkin berita dibawah ni boleh memberikan kita sedikit penjelasan mengenai sebab kenapa Si Hadi Awang tu nak angkat kaki dari Marang. Dah la dia ditimpa malang baru - baru ni. Ditambah pulak dengan berita ni. Ibarat jatuh ditimpa tangga la jawabnya!!!

MARANG 16 Feb. - Seramai 80 pengikut PAS di kawasan Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan di sini keluar dari parti itu hari ini. 

Mereka terdiri daripada penyokong tegar dan golongan muda dari Bukit Berangan. 

Wakil mereka Ramli Abdullah, 54, berkata, mereka melihat Pas tidak konsisten dalam perjuangannya termasuk berhubung isu kalimah Allah selain pemimpin sedia ada gagal melaksanakan tanggungjawab. 

Sebaliknya, transformasi yang dibawa Barisan Nasional (BN) dilihat lebih banyak membawa manfaat kepara rakyat, katanya yang sudah 35 tahun bersama Pas. 

Kawasan itu dikatakan merupakan kubu kuat Pas dan 90 peratus penduduknya pengikut PAS. 

Ahmad Aminuddin Ramly, 28, pula berkata, golongan muda mahukan pembangunan dan perubahan namun Pas gagal melaksanakannya. 

"Anak muda mahukan perubahan dan pembangunan, tetapi Pas tidak dapat melakukannya, sebaliknya hanya menyemarak pergeseran dalam masyarakat," katanya. 

Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan, Datuk Yahya Khatib Mohamad mengalu-alukan pendirian mereka dan yakin kehadiran mereka dapat menguatkan lagi BN. - seterusnya...

Malaysia Waves: Presiden PAS Hampir Pasti Kalah <b>di Marang</b>

Posted: 13 Feb 2013 06:55 PM PST

Antara maklumat terbaru yang Tulang Besi dapat:
1.0 Puak2 pro UMNO dalam Ulama PAS dan Majlis Syura mencadangkan Haji Hadi sebagai Perdana Menteri kerana hasad dengki serta marahnya mereka kepada Anwar Ibrahim
2.0 Marah mereka kepada Anwar Ibrahim lantaran Anwar Ibrahim dianggap sebagai sebab utama projek PERPADUANG bersama UMNO gagal
3.0 Nama Presiden juga dijual untuk menjayakan perancangan UMNO bagi memecah belahkan perpaduan Pakatan Rakyat. Diharap pencalonan Presiden PAS bakal menyebabkan konflik yang besar dikalangan PAS bersama-sama parti komponen Pakatan Rakyat yang lain
4.0 Mereka ini bukanlah hormat dan taat kepada Presiden PAS pun. Presiden PAS bagi mereka hanya alat untuk menjayakan perancangan UMNO serta mensabotaj Anwar Ibrahim.
5.0 Buktinya, dalam isu kalimah Allah, mereka dengan senang hati memalukan Presiden dan menyanggah kenyataan Presiden tanpa rasa hormat walau sedikit pun
Namun, dari dalaman PAS mereka telah mendapat beberapa hujjah menyanggah yang tidak dapat mereka patahkan. Antara hujjahnya adalah:
1.0 DAP memberi sokongan padu kepada Anwar Ibrahim. Kalau kelak diambil undi di kalangan ahli Parlimen Pakatan Rakyat, tidak mungkin Presiden PAS akan mendapat bilangan undi yang mencukupi.
2.0 Presiden PAS sendiri kemungkinan besar akan kalah di kerusi Parlimen Marang. Malahan, Presiden PAS sendiri pernah memberitahu bahawa akan ada calon lain menggantikan beliau di Parlimen Marang.
3.0 Bagaimakah hendak menaikkan Presiden PAS sebagai Perdana Menteri padahal harapan PAS Terengganu memerintah Terengganu adalah amat tipis. Kalau di Terengganu negeri Presiden sendiri dia ditolak, bagaimanakah PResiden hendak jadi PErdana Menteri?
Soalan2 di atas tidak dapat dipatahkan oleh puak2 Pro UMNO dalam Syura Ulama serta Dewan Ulama.
Lantaran kelemahan hujjah maka nama Tengku Razaleigh diangkat sebagai calon alternatif kepada Presiden PAS.
Malahan, ada diantara mereka bergurau bahawa mereka lebih rela angkat Karpal Singh jadi PM berbanding Anwar Ibrahim.
Begitulah dengki dan hasad mereka kepada Anwar Ibrahim lantaran kegagalan projek PERPADUANG dengan UMNO
MENGAPA MARANG BAKAL KALAH?
Mengikut maklumat terbaru, sebuah kem Polis Hutan telah pun siap dibina di Marang. Kem itu juga sudah siap didiami dan ada lebih kurang 5000 pengundi pos baru didaftarkan di Parlimen Marang.
Oleh kerana majoriti TG Presiden baru2 ini tidak sampai 2k undi, maka hampir pastilah Presiden tidak akan dapat mempertahankan kerusi Parlimen Marang.
Tulang Besi pernah melihat laporan keahlian baru di MArang sewaktu PAS memerintah Terengganu. Walaupun PAS memerintah Terengganu namun hampir tiada keahlian baru di PArlimen Marang sepanjang pemerintahan PAS.
Dan keadaan yang sama dapat dilihat di Marang sekarang ini. Dengan kata lain, tiada penyokong atau pengundi UMNO yang telah beralih kepada PAS di Parlimen Marang sehingga hari ini.
Ia bererti tidak mungkin undi2 pos ini dapat diatasi dengan kenaikkan sokongan kepada PAS di Marang dikalangan ahli dan penyokong UMNO.
Rata2 nya Terengganu amat berbeza dengna negeri2 lain. Di negeri2 lain di Semenanjung, kenaikkan sokongan kepada PAS amat ketara hatta di negeri Sabah dan Sarawak. Malahan, di Selangor, Johor, Melaka dsbnya kita dapat melihat kemasukan ahli2 baru yang ramai.
Namun di Terengganu, perkara ini tidak berlaku dan tidak pernah berlaku.
Kesimpulannya, kalau pun PAS hendak mencalonkan Presiden PAS sebagai Perdana Menteri tidak boleh kerana Presiden PAS cuma akan mampu mempertahankan DUN Rhu Rendang sahaja. Presiden PAS bakal duduk di luar Parlimen.
Saya tak tau sampai bila ulama PAS akan terus meneruskan budaya hasad dengki serta pengkhianatan mereka ini. Bagi Tulang Besi ini adalah cabaran yang sama yang dihadapi oleh Rasul SAW dengan orang2 munafik di Madinah satu masa dulu.
Sedihnya melihat bagaimana UMNO sudah mampu menguasai Majlis Syura Ulama PAS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads