Jumaat, 22 Februari 2013

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Jejariku Menari: Sehari <b>di Kuala Terengganu</b>

Posted: 13 Feb 2013 07:01 PM PST

Tajuknya bukan main..macam la sehari di Terengganu tu, 
kami dah pergi macam -macam tempat.
Sehari tu bermakna, kami betul- betul sehari duk melangut, menghabiskan masa dengan duduk, tidur, baring dalam homestay saja..
TV plak dapat channel 1,2,3 je..
Mati kutu..nak tunggu hingga jam 6 petang..
Sib baik bekalan makanan mencukupi..hihi.


Kami sekeluarga singgah di Kuala Terengganu, sebelum ke Kelantan.

Suami pekse di UNISZA sebelah pagi dan petangnya.
Menginap di homestay HADAMI. Ok jugalah..
Harga sangatlah berpatutan..
Empat beradik..yang kadang-kadang memeningkan kepala..
Inilah nama homestaynyer.. Jalan Tok Jembal kalau tak silap.. homestay tiga tingkat..


sib baik cukup towel..almaklumla..anak ramai sangat




Yang ni, tak habis2 dengan gaya ultraman




posing dalam bilik sudahlah ye







Jam 12 tengahari  suami habis pekse, akan bersambung kul 2.30 petang.
Kami keluar ke Pasar Payang jap..cari kain batik sarong Terengganu..
Harga kain kat sini boleh tahan juga.  Takla murah sangat.  Tapi,  asalkan pandai tawar menawar, insyaallah boleh dapat harga yang memuaskan.
Sib baik ler, bole sket2 cakap loghat Teganu..
Bole bebaik ngan makcik jual kain tu..
Destinasi seterusnya kami petang nanti, balik kampung ler..
Semoga kami selamat sampai..
Bazar Tok Guru dah melambai-lambai..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads