ads

Ahad, 13 Januari 2013

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


Snorkeling <b>di</b> Pulau Tioman, Pulau Redang dan <b>Pulau Perhentian</b>

Posted: 02 Jan 2013 08:28 AM PST

As salam semuo...

Antara tarikan utama setiap kali bercuti ke pulau ialah melakukan aktiviti snorkeling...korang semua pernah snorkeling tak..?? Tidak tahu berenang maka tidak boleh snorkeling...?? Oh salah, jika sekalipun tidak tahu berenang korang masih boleh untuk snorkeling...PM sendiri bukanlah hebat ketika berenang manakala wife PM tidak tahu berenang, tapi kami seronok setiap kali snorkeling...


Sebelum pergi snorkeling biasanya kita akan dibekalkan kelengkapan untuk snorkeling iaitu life jacket dan goggles mask...dengan life jacket pasti korang boleh terapung...apa yang yang perlu dibuat ialah hanya gerakan sedikit kaki dan kuakkan tangan, insya-Allah berenang dan maju kehadapanlah korang...hehe

Selain diving, snorkeling ialah peluang kita untuk melihat kehidupan laut yang cantik lagi mengagumkan...peluang untuk melihat betapa besarnya kuasa Allah SWT...


Berpeluang melihat dengan dekat pelbagai jenis ikan yang berwarna-warni...
Berpeluang memegang timun laut, walaupun agak menggelikan...hehe
Dan yang paling menarik dapat berjumpa dengan sang Nemo...!!
Bukan itu sahaja, boleh juga berenang di atas sang penyu...!!

Video Snorkeling di Pulau Redang

Video Snorkeling di Pulau Tioman

Itulah antara video snorkeling yang sempat PM rakam sebagai kenang-kenangan...tempoh hari ketika bercuti ke Pulau Perhentian , PM tak sempat nak rakam video...huhu

Next target nak ambik lesen diving pulak...itupun kalau keberanian tiba-tiba hadir dalam diri PM dan wife...hehe perasaan takut tuh memanglah ada...tapi keinginan nak mencuba pun ada jugak...:)

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved