Sabtu, 5 Januari 2013

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


teganuku: Misi Bersih Bilik Darjah Sekitar <b>Kuala Berang</b>

Posted: 03 Jan 2013 11:23 AM PST


Banjir gelombang kedua yang kini surut membolehkan pihak sekolah di beberapa sekolah terlibat di sekitar Bandar Kuala Berang, di sini, memulakan misi membersihkan kawasan serta bilik darjah, semalam, bagi memulakan sesi persekolahan semalam.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, suasana di Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Ampuan Intan meriah dengan penglibatan 150 individu termasuk Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) Dun Kuala Berang, Rela serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Sementara itu, di Sekolah Menengah Agama (SMA) Mahmudiah, pihak sekolah tekun bergotong-royong dan semalam akhbar ini menyiarkan kira-kira 950 pelajar diarahkan pulang kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin setelah paras air di kawasan sekolah itu semakin naik.

Bilik darjah dipenuhi lumpur Guru Besar SK Tengku Ampuan Intan, Mat Hassan Draman berkata, seramai 548 murid termasuk 93 murid darjah satu dijadualkan memulakan persekolahan sesi baru serta 'hari pertama' mereka hari ini, setelah tidak dapat berbuat demikian akibat banjir gelombang kedua.

"Sekolah ini sering dilanda banjir pada musim tengkujuh, tetapi sebelum ini ia tidak jejaskan persekolahan kerana berlaku dalam tempoh cuti sekolah. Kali ini, bencana berlaku ketika persekolahan bermula. Semua ini di luar kekuasaan kita semua.

"Banjir gelombang kedua semalam (kelmarin) tidak begitu teruk jika dibandingkan gelombang pertama minggu lalu kerana paras air naik sekitar satu meter sahaja berbanding baru-baru ini iaitu melebihi dua meter," katanya.

Menurut beliau, kali ini, banyak peralatan seperti meja dan kerusi khususnya dalam bilik darjah terpalit lumpur.

"Memandangkan banjir surut, hari ini (semalam) pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah dengan dibantu pelbagai agensi sama-sama bergotong-royong membersihkan sekolah bagi memulakan seisi persekolahan dijadualkan esok (hari ini)," katanya.

Sentiasa siap sedia Mat Hassan berkata, air mula naik sekitar kawasan sekolah berkenaan sejak awal pagi kelmarin, tetapi kembali surut lewat petang hari sama, sekali gus membolehkan pihak sekolah melaksanakan kerja membersihkan kawasan termasuk kantin serta bilik darjah.

Dalam perkembangan sama, Mat Hassan berkata, memandangkan musim tengkujuh masih belum berakhir, pihaknya sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan kerana dikhuatiri bencana banjir berulang kembali dalam tempoh terdekat ini.

Sementara itu, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, Shafruddin Ali Husin berkata, hanya tiga sekolah masih lagi ditutup semalam akibat banjir iaitu SK Tengku Ampuan Intan, SMA Mahmudiah dan SM Imtiaz Kuala Berang berbanding 13 sekolah pada hari pertama persekolahan.

"Berikutan keadaan banjir yang semakin pulih membolehkan 10 sekolah kembali memulakan persekolahan masing-masing sebagaimana biasa semalam, termasuk SK Lubuk Periuk yang dinaiki air.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads