Selasa, 1 Januari 2013

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


teganuku: 13 Sekolah <b>Di Hulu Terengganu</b>, 12 Di Besut Masih Ditutup

Posted: 01 Jan 2013 10:51 AM PST

Sehingga kini sebanyak 31 sekolah terpaksa ditutup akibat banjir iaitu 13 di Hulu Terengganu, Besut (12), dan tiga masing-masing di Setiu dan Kemaman.

Sebahagian daripada sekolah itu tidak dapat memulakan sesi persekolahan kerana dijadikan pusat pemindahan banjir.

Sementara itu, hari pertama sesi persekolahan 2013 bagi Sekolah Menengah Agama Mahmudiah di Hulu Terengganu terbantut apabila sekolah itu dinaiki air menyebabkan kira-kira 900 pelajar, guru dan warga kerjanya terpaksa pulang ke rumah masing-masing.


Air banjir dikatakan mula memasuki kelas, dewan dan asrama sekolah tersebut pada pukul 8 pagi dan setakat petang tadi seluruh kawasan sekolah itu ditenggelami air sedalam dua meter.

Pengetuanya Mohd Yakin Mahmood memberitahu pemberita, hari ini dijadualkan untuk sesi suai kenal guru dan murid, namun disebabkan air naik begitu pantas sesi ditangguhkan serta kesemua diarah meninggalkan kawasan sekolah.

Pada awal pagi banjir hanya dikesan berhampiran dewan sekolah dan tidak menjejaskan kawasan lain, namun kira-kira pukul 8 pagi banjir mula merebak, katanya menambah arahan meninggalkan sekolah tersebut dibuat selepas mendapat kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT).

Setakat ini belum dapat dipastikan bila sekolah akan dibuka, katanya. Terengganu, Kelantan dan Kedah merupakan tiga negeri yang memulakan sesi persekolahan 2013 hari ini, manakala negeri lain akan bermula hari ini.

Seorang pelajar Siti Nurhidayah Sharudin berkata walaupun beliau agak terkejut dengan pengumuman pihak sekolah berkenaan, perkara tersebut agak melucukan.

Selepas cuti panjang, saya dan kawan-kawan sangat bersemangat untuk pergi ke sekolah semula. Namun tidak sampai sejam selepas itu kami diarahkan balik sebab banjir pula," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads