Jumaat, 18 Januari 2013

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


UiTM <b><b>Bukit Besi</b></b> - teganuku

Posted: 08 Jan 2013 01:22 PM PST

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bukit Besi di Dungun yang akan dibuka dan memulakan pengajian Jun ini akan memperkenalkan satu bidang pengajian baru iaitu Diploma Kejuruteraan Perkapalan memandangkan Terengganu mempunyai kekuatan dalam bidang berkenaan sejak sekian lama.

Rektor UiTM Kampus Dungun, Prof Madya Tengku Yusof Tengku Mahmud berkata, Diploma Kejuruteraan Perkapalan itu adalah pengajian baru diperkenalkan UiTM pada tahun ini disebabkan kepakaran negeri itu sendiri dalam pembinaan kapal dan bot untuk tujuan pengkomersialan.

"Kita akan mendapatkan kerjasama pakar-pakar pembuat kapal dan bot di negeri ini khususnya di Pulau Duyong, Kuala Terengganu bagi mendapatkan pendedahan kepada UiTM kerana Terengganu sentiasa ke hadapan dalam teknologi pembinaan kapal di negara ini.

"Dengan program baru itu, diharap kita akan mendapat tunjuk ajar teknologi yang digunakan oleh pembuat-pembuat kapal dan bot negeri itu dengan baik.

Kita akan mampu buat pelbagai kapal pengangkutan, pelancongan atau kapal kerja-kerja cari gali dan sebagainya dengan kepakaran anak tempatan," katanya semalam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian kerjasama persefahaman dalam bidang pelancongan antara Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) dengan UiTM Kampus Dungun diMarang, semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads