Rabu, 5 Disember 2012

13 di jerteh - Google Blog Search

13 di jerteh - Google Blog Search


Masjid Kayu Seberang <b>Jerteh</b> « The Royal Orchard

Posted: 22 Nov 2012 03:02 AM PST

Salam.

Pada syawal 1432, ketika on the way ke rumah arwah datuk di ulu kekabu, di satu simpang di jerteh daerah besut terpandang satu masjid kayu yang besar. Peliknya camne boleh tak tahu ia wujud di situ. Lagi besar dan moden dari masjid kg laut. Balik je terus search dan jumpa pasalnya. Hati cam biasalah nak visit tapi bila pulak nak lalu situ.

Masa balik KB ikut Trengganu 31 ogos 2012, masih lagi dalam bulan syawal, sempatlah solat jumaat di masjid ini. Sungguh teruja. Plan nak snap tapi ada teknikal error so keep untuk buat satu entri untuk masjid ini.

Last week on the way balik ke KL, dapatlah singgah di sini untuk solat jamak dan qasar. Dapatlah solat dengan faris, orang yang singgah pun ramai so lepas solat dapat snap dan menghayati masjid kayu seberang jerteh.

Mengikut cerita ia dibina di atas tapak masjid lama atas inisiatif Datuk Idris Jusoh ex mb Trengganu…juga ahli STAROBA..Terima kasih datuk sebab ambil inisiatif membina masjid ni.

Ini pintu masuk di sebelah kiri masjid, nun di sana atau sebelah kanan masjid adalah pintu masuk untuk kenderaan. Pintu ini untuk motor dengan pejalan kaki muat ler. Rasa macam nak masuk ke istana. Semalam pula visit sambutan 100 tahun MAIK (majlis agama islam kelantan) di istana negeri kubang kerian. Nanti nak buat satu entri pasalnya.

Saya dan faris ambil wuduk kat kolah ni. Kat sebelah kiri kolah adalah tempat ambil wuduk dan tandas..selepas ambil wuduk naik ke masjid. Rasa macam balik ke zaman silam untuk menunaikan ibadat kepada yang esa…

Langkah demi langkah menaiki tangga masjid untuk ke dewan solat utama….

Sempat tengok teknologi pertukangan silam tanpa menggunakan paku seperti senibina masjid kg laut.

Inilah pintu berukir indah untuk masuk ke dewan solat. Selepas solat dapatlah snap untuk buat entri…

Pandang kat atas untuk melihat struktur kubah kayu yang bertingkat..selalu dok tengok kubah besi atau batu, yang ni kayu nun di atas….

Sayup-sayup dan menirus hingga ke puncak….nak snap ni kena baring nasib baik faris cover buat-buat exercise sambil berbaring….kat belakang tadi ada abang askar tengah solat…

Bila line clear dah tak de orang baru boleh snap lagi…tak sempat nak kaji design ni…kena bukak bukulah plak…

Bila pakai camera bukan DSLR, gambar jadi cam nilah…tapi takpelah just to share the moment kat masjid kayu tradisional di zaman moden ni…rasa teruja sebenarnya berada di sini…yang kelas sistem peredaran udara secara semulajadi….

Masa solat jumaat hari tu, kat dalam dah penuh so kena duduk kat luar….angin bertiup sungguh nyaman…

Awas, tempat saya berdiri ni tak ada dinding, kat bawah sana agak tinggi….rupanya kat dua-dua belah bahagian tak de dinding…sokena hati-hati

Masih teruja dengan ukiran masjid ini, rasa tak puas pulak nak snap, setiap sudut ada saje keindahan rumah ALLAH ini…

Nun di hujung sana adalah tempat wuduk wanita dan bilik air…

Ini pula puncak bagi tempat wuduk lelaki dan bilik air. Kenapa warna putih bukan warna hitam ?

Kalau orang tahu mesti ingat ruang rehat atau wakaf tapi itu adalah tempat wuduk, serta tandas..

Ini entrance untuk wanita…….

Dah tawaf hampir 270 darjah sekeliling masjid….

Dari position masjid berada kat belah kanan sampai menara kat sebelah kiri….kira dah nak sampai 360 darjah tawaf…..

Sampai jugak kat bawah menara….maknanya ini pada posisi yang akan kita lihat bila melalui jalan jerteh baik nak ke KT atau ke KB…

Masa singgah tadi dalam pukul 2 petang, lani dah pukul tiga….perjalanan ke KL masih jauh…nampaknya kena beransur dululah….semoga diizinkan ALLAH untuk singgah lagi di sini…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads