ads

Jumaat, 7 Disember 2012

13 di jabor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


teganuku: Kebajikan Masyarakat India Terus Dibela, Jangan <b>...</b>

Posted: 28 Nov 2012 04:54 PM PST

Masyarakat India tidak perlu terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang ingin menimbulkan kebencian kaum itu terhadap kerajaan, sebaliknya mereka patut berbangga kerana kebajikan mereka tidak pernah diabaikan.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata Malaysia terus fokus terhadap pembinaan negara bangsa dan usaha itu memerlukan sokongan setiap rakyat tanpa mengambil kira, sama ada golongan minoriti atau majoriti.

"Kerajaan telah menyempurnakan segala keperluan dan kehendak masyarakat India dan bagi kaum India di Terengganu khususnya, mereka terus mendapat pelbagai limpahan nikmat pembangunan dalam pelbagai aspek terutama pendidikan dan kesihatan.

"Kita tidak mahu pembangkang berjaya menanam kebencian ini, sebaliknya kita semua perlu bersatu mengekalkan keamanan dan keharmonian kaum yang telah dikecapi selama ini," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Jalinan Mesra Deepavali di Jabor, Kemaman, maalam Selasa.

Seramai 300 masyarakat India, kebanyakannya perkerja di ladang estet Sime Darby di Lembah Jabor termasuk pengundi dari Semambu, Kuantan hadir pada majlis anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Majlis Keselamatan Negara, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lembah Jabor dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Air Putih itu.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved