Sabtu, 1 Disember 2012

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Perantau anjur Kembara 2012 pada 15 Dis ~ Berita Cerita Dunia <b>...</b>

Posted: 30 Nov 2012 07:19 PM PST

KUALA LUMPUR: Bagi merapatkan ukhuwah di kalangan warga Perantau Anak Tranung, Sekretariat Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) akan mengadakan program Kembara Perantau 2012 pada 15 Disember ini untuk balik kampung bersama ahli-ahlinya yang tinggal di Lembah Klang sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti Umno.
"Sekretariat Perantau menjemput mana-mana anak-anak Terengganu di perantauan  terutamanya yang tinggal di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan yang hendak balik ke kampung halaman dapat berkonvoi bersama," kata Setiausaha Kerja Sekretariat Perantau, Zulhilmi Abd Rahman Attakiri.
Menurut beliau lagi, program akan bermula sebelah pagi dan dijangka tiba di tapak program pada sebelah petang.
Beliau yang juga setiausaha penganjur konvoi memberitahu, mana-mana warga Perantau yang tinggal di luar Lembah Klang seperti dari Perak, Johor, Pahang dan sebagainya boleh menyertai konvoi Kembara Perantau 2012 dengan menunggu di plaza tol Jabor pada masa yang akan ditetapkan nanti.

Tambahnya, tarik tutup penyertaan adalah pada 7 Disember.
Maklumat lanjut berhubung dengan penyertaan program boleh menghubungi beliau di talian 012-9283560 atau Khairul Azli 0123266340.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads