Rabu, 26 Disember 2012

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


teganuku: Banjir - 7 Pusat Pemindahan <b>Di</b> Buka, Paras Air 5 Sungai <b>...</b>

Posted: 23 Dec 2012 07:38 PM PST

(Kemaskini jam 1.46 ptg) Paras air di lima sungai utama di Terengganu melebihi paras bahaya tengah hari ini berikutan hujan lebat sejak malam tadi.

Ketika ini, tujuh  pusat pemindahan dibuka melibatkan tiga daerah iaitu Setiu, Marang dan Dungun sementara daerah dijangka turut terlibat banjir ialah Besut, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Kemaman.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negeri (MKN) ketika dihubungi berkata sehingga pukul 11 pagi ini, sungai Setiu, di Kampung Langkap, mencatat bacaan 21.51 meter melebihi paras bahaya 21.50m manakala paras air Sungai Besut di Kampung La mencatat 20.3 meter mengatasi paras bahaya 19.2 meter.

Paras air di Sungai Dungun, Pasir Raja, pula mencatat bacaan 37.5m melepasi paras bahaya 30.5m.

Sementara itu, paras air Sungai Setiu di Kampung Langkap pula berada pada tahap 22.56 meter iaitu kira-kira satu meter melepasi paras bahaya (bahaya 21.5 meter).


Paras air Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu juga meningkat kepada 20.41 meter melepasi paras bahaya 20 meter manakala paras air Sungai Setiu di Kampung Besut mencatat 18.34m melebihi paras amaran 17.4 meter.

Jabatan Meterologi Malaysia meramalkan hujan sekejap-sekejap kadang kala sederhana dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga Sabtu ini.

Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat dan setakat pukul 8 pagi ini sebanyak 330 orang berada di pusat pemindahan berbanding 144 petang semalam.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, selain Dungun dua lagi daerah dilanda banjir iaitu Marang dan Setiu yang membabitkan 49 keluarga.

Banjir yang mula melanda daerah Setiu semalam  menyebabkan 25 keluarga dengan seramai 94 orang dari Kampung Tok Dor dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Anak Ikan bermula jam 11 malam semalam.

Menurut pesanan melalui Facebook,  Ahli Dewan Undangan Negeri  Kawasan Jabi, Ramlan Ali mengatakan hujan di daerah itu masih lebat.

Katanya, mangsa yang dipindahkan itu dibantu dengan makanan dan barangan keperluan di pusat pemindahan berkenaan.

Di Marang, 64 orang daripada 16 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Gading, sementara Setiu pula menyaksikan 94 orang membabitkan 33 keluarga dipindahkan ke surau Kampung Sungai Pinang dan masjid Kampung Sungai Bari.

Sementara itu, di Dungun, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 172 orang berbanding 144 semalam, membabitkan empat buah kampung.

Mereka terdiri daripada 49 penduduk Kampung Pulau Serai, 43 dari Kampung Batu Tiong, 51 mangsa dari Kampung Seberang Pintasan dan 29 orang penduduk Kampung Tok Kah. Bagaimanapun, pusat pemindahan di Balai Raya Komuniti Tanjung Pagar yang menempatkan 33 mangsa semalam telah ditutup dan semua mangsa dibenar pulang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads