ads

Isnin, 10 Disember 2012

13 di batu rakit - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di batu rakit - Google Blog Search


PAS DUN <b>BATU RAKIT</b>: ABBY ngerikan UMNO <b>Batu Rakit</b> TRG

Posted: 19 Oct 2012 05:14 PM PDT

19 OKT 2012 -  Sekali lagi DUN Batu Rakit digegarkan dengan sesi serangan maut. ABBY ABADI telah turun berkempen membantu PAS DUN Batu Rakit ranapkan lagi kubu-kubu umno di DUN Batu Rakit. Sesi pertama ialah Sepetang Bersama ABBY di Kg Kubur Timah merupakan aset umno. Ternyata aura ABBY telah berjaya menarik minat pengundi Kg. Kubur Timah untuk mendengar dan melihat sendiri mengapa dan bagaimana ABBY telah bersama-sama PAS memperjuangkan ISLAM.
Sesi kedua ABBY telah menjadi jemputan Badan Kebajikan Batu Rakit sempena Makan Malam untuk dana Badan Kebajikan Batu Rakit. 20 buah meja telah ditempah dan berjaya memungut sumbangan sebanyak RM 10000.  Pihak MTD bersyukur dengan penghijrahan ABBY bukan sahaja memberi kesedaran kepada ramai orang tapi turut membantu dalam amal kebajikan.
Sesi ketiga ialah sesi Bicara Jom,berubah bersama. Sesi telah berlangsung di kubu kuat umno iaitu di Kg. Gelung Gajah Padang Kemunting Batu Rakit Terengganu. Kampung ini merupakan kampung YB Khazan ADUN Batu Rakit.  ABBY   berjaya sekali lagi meranapkan kubu kuat umno Batu Rakit. Lebih 2 ribu orang telah hadir . Sejarah bagi DUN Batu Rakit. Kehadiran seperti itu bermakna sokongan umno di Terengganu semakin menguncup khasnya di DUN Batu Rakit.
`BICARA` JOM BERUBAH BERSAMA


 Semoga segala perancangan untuk memenangkan ISLAM di bumi Teregganu ini terus mendapat pertolongan dari ALLAH Yang Maha Agung. ALLAHUAKHBAR!!!!!!!

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved