Jumaat, 2 November 2012

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


Kontraktor Cedera Diserang Gara-Gara Pembayaran Projek <b>di Marang</b>

Posted: 30 Oct 2012 05:16 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Nyawa seorang kontraktor dan keluarganya diancam sekumpulan lelaki sejak Rabu lepas gara-gara mereka tidak berpuas hati berkaitan pembayaran sebuah projek.

Ancaman bermula apabila kereta mangsa, 49, dari Kampung Temiang, Marang, dihalang kenderaan yang mengekorinya. Lima lelaki yang bersenjatakan rotan keluar menghampiri kenderaan mangsa dan mengugutnya.

Mangsa sempat mengundurkan kenderaan namun terus dikejar dan kemudian dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda, menyebabkan dia cedera. Ketika kejadian beliau baru menghantar anaknya ke sekolah.

Akibat rempuhan itu, kereta Kancil mangsa terbabas dan melanggar sebatang pokok dan mangsa pengsan kerana kepala terhantuk di cermin, lalu dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Dia menerima tujuh jahitan di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata setelah tidak tahan dengan ancaman yang diterimanya, mangsa membuat laporan polis malam tadi di Balai Polis Wakaf Tapai, Marang.

"Kami menahan seorang pemandu lori dan seorang anggota bomba kerana dipercayai terlibat dalam kes berkenaan

"Kedua-dua suspek yang berusia 47 dan 39 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1 pagi ini di Kampung Wakaf Beruas, di sini dan merampas sebuah kereta jenis Mercedes Benz serta Mitsubishi Triton yang digunakan dalam kejadian mengepung dan merempuh kereta mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurutnya semasa mangsa berada di Wad HSNZ, beliau didatangi tujuh lelaki yang mengugut mencederakan keluarganya. Manoharan berkata hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada krisis pembayaran sebuah projek pembinaan di Kemaman,

"Dipercayai dalang dalam kejadian ini mengupah orang untuk mengutip hutang dan mengugut pengadu," katanya.

Kes disiasat mengikut seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

- Bernama

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads