Khamis, 15 November 2012

13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


PM Ziarahi Bekas ADUN <b>Kemasik</b> | Terengganu Today

Posted: 06 Oct 2012 05:27 PM PDT

PERDANA Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sempat meluangkan masa menziarahi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasek, Dato' Abu Bakar Ali, 66, di Kertih walaupun sibuk dengan lawatan kerjanya ke negeri ini semalam.

Najib yang diiringi Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said mengambil peluang itu bertanyakan khabar keadaan veteran UMNO itu yang uzur sejak lebih tiga bulan lalu akibat penyakit spondylosis yang menjejaskan saraf dan pergerakannya.

Sementara itu Abu Bakar berkata, beliau terharu dengan kunjungan Perdana Menteri itu.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang berusaha meluangkan masa menziarahi saya," ujarnya.

Abu Bakar yang kini semakin pulih, pernah koma selama hampir dua minggu dan telah menjalani pembedahan di Kuala Lumpur pada awal Ogos lalu.

Lebih dikenali sebagai Cikgu Kor dan cukup disenangi penduduk setempat tanpa mengira fahaman politik, beliau menjadi wakil rakyat selama lima penggal dan tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum 2008.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads