Sabtu, 10 November 2012

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


Gerbang Sejarah PA Cikgu Chua: Tanaman Fertigasi gantung lebih <b>...</b>

Posted: 09 Nov 2012 11:38 PM PST

        DUNGUN, 29 Okt (Bernama) -- Projek Fertigasi Gantung yang dijalankan oleh usahawan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Jerangau, Dungun ternyata mampu menjimatkan perbelanjaan pertanian di samping mempunyai banyak keistimewaan. Fertigasi tergantung, merupakan satu kaedah menanam dengan menggunakan bekas beg poli yang digantung pada sistem para terus dan tidak diletakkan di atas tanah seperti biasa diamalkan.
           Pengurus Projek Usahawan Peladang PPK Jerangau Kamaruddin Mohamad berkata pemerhatian menunjukkan kaedah fertigasi gantung ini dapat mempercepatkan pengeluaran hasil berbanding cara penanaman konvensional selain jangka hayat tumbuhan dapat dipanjangkan."Untuk tujuan ini, kita kini sedang mengusahakan projek fertigasi gantung dengan tanaman sayur-sayuran seperti timun, kacang panjang, petola dan terung panjang."
         "Pemerhatian mendapati kos fertigasi gantung bernilai RM18 bagi satu unit sedangkan fertigasi biasa RM25 seunit. Dari segi penuaian pula, boleh dibuat dengan cepat dan kerugian akibat angin kuat boleh dikurangkan, selain boleh bekerja walau pun paras air tinggi," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Katanya penggunaan tanah dapat dioptimumkan di mana rumput di bawah boleh dijual untuk makanan kuda dan kawasan tanah yang tidak dipakai boleh ditanam tanaman seperti serai dan lain-lain.
         Yang paling penting sekali, katanya fertigasi gantung boleh menjimatkan kos buruh lebih kurang 60 peratus berbanding fertigasi konvensional. Umpamanya, beliau berkata, dahulu beliau membayar RM50,000 sebulan sebagai gaji pekerjanya tetapi sekarang beliau cuma mengeluarkan sekitar RM20,000 sahaja sebulan.
         Beliau berkata projek itu dilaksanakan di Kampung Pinang Baru, di sini seluas 12.5 hektar dengan modal kasar sebanyak RM25,000 yang bermula 1997. Katanya lokasi projek lebih kurang 2.0 kilometer dari Simpang Tiga Bukit Besi, dekat sini dengan pekerja seramai 30 orang, kebanyakan anggota PPK Jerangau. Kamaruddin berkata tapak projek tersebut adalah kebun getah tua yang telah
dibersihkan dan disediakan infra secukupnya mengikut keperluan projek seperti elektrik, sistem perparitan dan sebagainya.
          Berkat kesabaran, katanya lagi, projek tersebut kini telah mengeluarkan hasil seperti cili merah, terung, timun, serai, kacang panjang, petola dan lain-lain dengan nilai kasar RM100,000 sebulan.
Beliau berkata masalah pemasaran hasil sekarang ini tidak berbangkit bagi pihaknya sendiri di mana mereka mempunyai kenderaan menghantar ke pasar borong atau peraih datang membeli di ladang.
         Kamaruddin berkata pihaknya telah menyewa beberapa bidang tanah di sekitar Kawasan Kampung Dendang, dekat sini untuk membesarkan lagi projek fertigasi di samping yang sedia ada akan terus dipertingkatkan pengeluarannya. Beliau berkata cita-citanya untuk membangunkan kira-kira 100 hektar tahun ini dengan menyasarkan fertigasi gantung lebih kurang 100,000 unit yang
dianggarkan melibatkan nilai sekitar RM1 juta.
         "Dengan apa yang kita ada dan keuntungan yang kita perolehi dari projek yang kita laksanakan, kita yakin akan dapat merealisasikan matlamat itu," katanya. Kamaruddin, yang pernah menerima gelaran Peladang Muda Jaya LPP Kebangsaan 2000 dan 2004, berkata beliau pernah gagal dalam tanaman fertigasi biasa sebelum ini.
         Sehubungan itu, bagi mengelakkan kegagalan berulang, beliau berkata tanaman fertigasi gantung ini bukan dilaksanakan di satu tempat tetapi di lima tempat bagi mengelak jangkitan penyakit apabila penyakit itu berlaku. "Sebenarnya susah untuk mengawal panyakit kalau kita buat satu tempat dalam berskala besar," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads