ads

Isnin, 29 Oktober 2012

13 di marang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di marang - Google Blog Search


teganuku: Kerajaan Negeri Aktifkan Semula Tanaman Padi <b>Di Marang</b>

Posted: 22 Oct 2012 01:26 PM PDT

Kerajaan negeri Terengganu akan mengaktifkan semula tanaman padi di daerah ini dalam usaha membantu ekonomi petani setempat dengan memperkenal penanaman padi wangi varieti ketiga menjelang tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Asha'ari Idris berkata mulai tahun ini, kerajaan negeri memulakan program menanam padi wangi varieti ketiga (MRQ 76) seluas 20 hektar melibatkan 12 penduduk kampung buat masa ini.

"Kita akan memberikan tumpuan kepada daerah Marang sebab di kawasan ini sudahpun ada kemudahan asas seperti parit dan petak-petak padi tetapi ianya sudah lama terbiar tanpa diusahakan.

 "Ini seterusnya membantu negara dalam mengurangkan kebergantungan import beras wangi dari luar negara," katanya di Kuala Terengganu, semalam.

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) memperkenal MRQ 76 tahun ini selepas mengambil masa lebih 10 tahun untuk membuat kajian bagi menghasilkan varieti itu setelah varieti MRQ 50 dan MRQ 74 diperkenalkan, masing-masing pada 1999 dan 2005.

Beras wangi varieti baharu itu menghasilkan kualiti nasi yang wangi seperti pandan, lembut, sedikit melekit dan enak dimakan iaitu ciri-ciri mirip kepada varieti padi wangi yang diimport dari Thailand.

Malah penghasilan varieti baharu itu selaras saranan kerajaan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Projek Permulaan Ekonomi (EPP)9 untuk memajukan lagi pembangunan dan pengeluaran padi wangi di luar jelapang padi.

Asha'ari berkata sebelum ini kerajaan negeri telahpun memberikan tumpuan kepada projek padi berjelapang di daerah Setiu namun kawasan tersebut membuat penanaman padi biasa.

Sehubungan itu, beliau berkata, sebuah syarikat tempatan menunjukkan minat untuk mengusahakan tanaman padi wangi secara besar-besaran.

"Sebagai percubaan, tanaman padi wangi ini telahpun dibuat di kawasan Besut bagi menentukan kesesuaiannya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Asha'ari berkata kebanyakan pelabur asing yang datang ke negeri ini rata-rata berminat untuk melabur dalam sektor perikanan, khususnya ternakan udang putih.

Dalam hal ini, beliau berkata kerajaan negeri meluluskan sebuah kawasan seluas lebih 1,000 hektar di Mercang, Marang kepada sebuah syarikat usahasama Ocean Aquatic Marine (M) Sdn Bhd dari Malaysia dan Zhanjiang Guolian Aquatic Products Co Ltd dari China dengan pelaburan hampir RM2 bilion untuk tujuan tersebut.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved