Isnin, 22 Oktober 2012

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Mrs Red: <b>KETENGAH JAYA</b>- Penjenayah pecah masuk rumah <b>...</b>

Posted: 25 Sep 2012 09:55 PM PDT


KETENGAH JAYA – Seorang pemuda yang cuba berjinak-jinak dengan aktiviti pecah rumah bukan sahaja tidak sempat menikmati hasil curi, malah terpaksa meringkuk di lokap selepas aktivitinya berjaya dihidu polis.

Perbuatan jenayah pemuda berusia 25 tahun itu mula dikesan polis selepas suspek dikatakan menawarkan barangan elektrik termasuk komputer riba dengan harga murah kepada penduduk sekitar yang tinggal di kawasan rancangan Felda.

Berikutan itu, satu serbuan dilakukan kira-kira jam 3.45 pagi semalam dan polis berjaya menahan suspek selain turut menemui sejumlah barangan elektrik seperti televisyen, kamera, komputer riba serta alat pembesar suara.

Siasatan awal mendapati barangan tersebut dipercayai milik kakitangan syarikat petrokimia yang dilaporkan hilang di Kerteh, Kemaman 15 September lalu.

Ketua Polis Daerah, Dahlan Mohd Noor mengesahkan, pihaknya menahan suspek untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

"Kita sedang menyiapkan kertas siasatan dan akan mendakwa suspek di mahkamah sebaik mendapat arahan daripada timbalan pendakwaraya," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads