Jumaat, 5 Oktober 2012

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


Buletin Online: Lajim Ukim Tetamu Istimewa PGU-05

Posted: 16 Sep 2012 05:06 AM PDT

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita3/dr%20azman.pngSETIU - Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, YB Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukim akan menjadi tetamu istimewa dalam program Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno kali ke-5 (PGU05) yang akan diadakan di pekan Jabi pada 5 dan 6 Oktober depan.

Perkara tersebut dimaklumkan kepada Buletinonline oleh Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu merangkap Setiausaha Panitia PGU05 Ustaz Wan Syukairi wan Abadullah.

"AlhamduliLlah, berita baik, Datuk Lajim Ukim setuju dan sahkan akan datang ke PGU05,"ujarnya melalui sistem pesanan ringkas yang dihantar lewat hari ini Ahad, 16 September.

Gelombang spekulasi kuat bertiup yang membayangkan Datuk Lajim akan keluar dari Umno-BN setelah beliau dan rombongan 25 orang bertemu dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu pada 23 julai, 2012.

Akhirnya, pada 29 Julai lalu, Datuk Lajim Ukin telah semua jawatannya dalam parti Umno serta dalam Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa serta-merta, untuk bekerjasama dengan barisan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) di Sabah.

Sehubungan itu, Ketua Pengerusi Bahagian Persiapan PGU05 Dr Azman Ibrahim berkata jentera PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi telah menjalankan gotong rotong membersihkan tapak PGU05.

Dr Azman Ibrahim yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Jabi berkata demikian ketika di temui di majlis Jamuan Sempenan Hari Raya PAS Cawangan Merang dekat sini.

Dalam ucapan ringkasnya pada majlsi tersebut, beliau berkata jentera Umno Terengganu khususnya Bahagian Setiu telah menipu Perdana Menteri (PM) Malaysia, Dato' Seri Najib Razak.

"Najib kata dia boleh tidur lena kerana sepanjang perjalanan dari Lapangan Terbang Gong Kedak ke Tempinis di jabi, tidak ada satu pun bendera parti pembangkang yang dilihat ditepi jalan,

"Najib telah ditipu oleh jentera Umno sendiri,"jelasnya.

Hakikat sebenarnya, kata beliau, seluruh sekolah di dalam DUN Jabi telah mengarahkan para pelajar dan gurur-guru berpakaian raya untuk hadir ke majlis hari raya bersama PM itu.

Selain itu, menurutnya, selruh kakitangan kerajaan juga diwajibkan hadir ke majlis tersebut dan kehadiran mereka dicatat kehadiran bekerja di pejabat.

Disebalik cerita ketiadaan bendera khususnya bendera PAS sepanjang laluan Najib, katanya, beberapa petugas Umno  telah datang dan bertemu dengan Tuan Guru Haji ismail di Pondok Matlain Badrin Jabi memohon kerjasama supaya semua bendera PAS dicabut semasa kedatangan Najib.

"beberapa petuga Umno mari berjumpa dengan tok guru kita, Tok Guru Haji Weil (Ismail) pondok Matlain Badrin minta supaya tolong cabut bendera PAS hok ada di sepanjang jalan,

"percaya ke tidak, petugas Umno itu sampai sujud depan Tok Guru pegang lutut dia minta supaya bendera PAS dicabut,"tambahnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads