Sabtu, 13 Oktober 2012

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


teganuku: 11 Masjid, Lapan <b>Di Besut</b> Masih Solat Berasingan

Posted: 05 Oct 2012 06:07 PM PDT

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengesahkan fenomena solat berasingan dalam satu kariah masih berlaku di negeri ini membabitkan 11 buah masjid di sekitar Besut, Marang dan Dungun.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Mohd. Rozali Salleh berkata, masjid-masjid itu terdiri daripada lapan di Besut, dua (Dungun) dan satu (Marang).
 
Beliau yang kesal dengan kejadian itu bagaimanapun memberi jaminan untuk mengambil tindakan sewajarnya dalam waktu terdekat ini agar gejala seumpama itu dapat dibendung bagi menyelamatkan umat Islam daripada terus berpecah-belah.

Mohd. Rozali juga enggan menjelaskan bentuk tindakan yang bakal dilakukan itu, namun beliau menambah, pihaknya akan mengambil pendekatan secara berhati-hati dalam melaksanakannya.

Pada September lalu, Berita Harian melaporkan, bekas Ahli Jawatankuasa PAS Besut, Raja Ayub Raja Kecik, 59, mendakwa tindakan penyokong PAS mendirikan solat berasingan termasuk solat Jumaat sehingga menyebabkan berlakunya solat dua masjid dalam satu kariah didakwa berpunca daripada 'Amanat Haji Hadi'.

Amanat yang dikeluarkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu ceramah di Banggol Peradong, Marang, hampir 30 tahun lalu.

Menurut beliau, tidak ada pemimpin yang mampu menyelesaikan isu yang berlarutan agak lama itu kerana penyokong parti itu masih meneruskan solat secara berasingan di masjid milik PAS disebabkan terikat dengan amanat itu.

Katanya, jika Abdul Hadi tidak menarik balik amanat itu, masalah itu tidak boleh diselesaikan kerana penyokong tegar PAS tetap berpegang teguh dengan amanat berkenaan.

"Punca ahli dan penyokong PAS mengerjakan solat Jumaat di masjid berasingan dalam satu kariah kerana haram bagi mereka solat diimamkan orang UMNO berdasarkan 'Amanat Haji Hadi'.

"Masalah itu masih berlaku di beberapa daerah Terengganu termasuk di Besut hanya boleh diselesaikan oleh Presiden PAS (Hadi) sendiri kerana kejadian itu berpunca daripada amanat beliau sendiri," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads