Khamis, 20 September 2012

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


DATO&#39; SERI HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN <b>DI KUALA BERANG</b>

Posted: 15 Sep 2012 06:33 AM PDT

Sekitar suasana meriah rakyat dan perwakilan Umno Bahagian Hulu Terengganu menyambut kedatangan Naib Presiden Umno, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Hulu Terengganu, hari ini (15 September 2012).

Gambar-gambar oleh ZULKIPLI PUTRA

Dato' Seri Hishamuddin disambut meriah sebaik tiba di Padang Astaka, Kuala Berang, untuk merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Hulu Terengganu, pagi tadi.
Majlis menaikkan bendera Umno.
Gimik perasmian memalu gong oleh Naib Presiden Umno.
Apa yang menarik perhatian Dato' Seri Hishamuddin sehingga tersenyum melihat cenderahati yang disampaikan oleh para perwakilan Umno Bahagian Hulu Terengganu.
Anggota JPAM bergambar bersama Naib Presiden Umno, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein dan para perwakilan Umno Bahagian Hulu Terengganu selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Hulu Terengganu, pagi ini.

DIALOG RAKYAT: Apa Jadi Dengan Pembinaan SMK <b>Kuala Berang</b>?

Posted: 14 Sep 2012 11:37 PM PDT

Wartawan Buletin 

HULU TERENGGANU – Rakyat Kuala Berang khususnya dan daerah Hulu Terengganu amnya tertanya-tanya, apakah yang telah menyebabkan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Berang di sini, terbengkalai.

Menurut Setiausaha PAS Kawasan Hulu Terengganu Haji Muhyiddin Rashid, beliau dimaklumkan kontraktor pembinaan sekolah tersebut telah 'cabut lari' kira-kira tiga bulan yang lalu.

"Saya dimaklumkan, kontraktor dan punggah semua barang dan tinggalkan tapak pembinaan tiga bulan yang lalu, kita (PAS) harap ada penjelasan dari pihak berkenaan,

"mengapa pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Berang  di atas Lot PT 7274, Hulu Terengganu, Terengganu,"ujarnya.

Haji Muyiddin yang juga Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Terengganu berkata demikian ketika ditemui selepas program meraikan anak yatim 'Masih Ada Yang Sayang' di sini pada Sabtu 11 Ogos.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads