Isnin, 24 September 2012

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


teganuku: Kumpulan Syarikat <b>Ketengah</b> Holding Catat Untung <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2012 03:25 PM PDT


Kumpulan Syarikat Ketengah Holding Sdn Bhd (KSKHSB) yang mempunyai tujuh pecahan syarikat telah mencatat keuntungan selepas cukai untuk tahun 2011 berjumlah RM52,982,229 berbanding RM38,940,179 tahun sebelumnya.

Ini menunjukkan capaian pertambahan sebanyak RM14,042,050 untuk tahun lepas.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata KSKHSB ini terdiri daripada syarikat-syarikat perladangan dan perkilangan yang mana aktiviti utamanya adalah mengeluar dan memproses kelapa sawit, kecuali Ketengah Holding yang merupakan syarikat induk iaitu syarikat pelaburan.


Katanya enam lagi syarikat tersebut ialah Ketengah Perwira Sdn Bhd, YIT-Ketengah Perwira Sdn Bhd, Ketengah Jaya Sdn Bhd, Kebunika Sdn Bhd, Ladang Ternak Tani Sdn Bhd dan Rakyat Ketengah Perwira Sdn Bhd.

"Kuntungan KSKHSB itu diperoleh terutama dari kumpulan perladangan dan perkilangan yang meningkat 36.06 peratus berbanding tahun sebelumnya," katanya.

"Keuntungan tersebut diperoleh terutamanya daripada kumpulan perladangan dan perkilangan selain aktiviti sampingan seperti pelaburan portfolio serta pelaburan dalam saham amanah," katanya.

Beliau menyatakannya selepas majlis penyerahan zakat oleh Ketengah Holding Sdn. Bhd(Ketengah) kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

"Sumber kuntungan itu juga adalah hasil peningkatan harga kelapa sawit yang merupakan faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan keuntungan tersebut di samping kecekapan dalam menguruskan syarikat.," katanya.

Ahmad Said berkata hampir keseluruhan anak syarikat di bawah Ketengah memperolehi keuntungan bagaimanapun dua syarikat mengalami sedikit penurunan iaitu Ketengah Holding Sdn. Bhd. dan Rakyat Ketengah Perwira Sdn. Bhd.

"Bagaimanapun kita yakin jumlah perolehan akan meningkat berdasarkan ramalan harga kelapa sawit yang dijangka stabil menjelang akhir tahun ini,"katanya.

Ketengah diwakili Timbalan Pengerusi Jemaah Lembaga Ketengah, Datuk Ibrahim Mohamad manakala JHEAT oleh Pesuruhjayanya, Mohd. Rozali Salleh.

Sementgara itu, kumpulan syarikat Ketengah  membayar zakat perniagaan sebanyak RM1.32 juta  berdasarkan keuntungan yang diperoleh pada tahun lalu.

Pembayaran itu menyaksikan peningkatan sebanyak 36 peratus berbanding tahun lalu iaitu sebanyak RM973,505.

Zakat tersebut diperoleh melalui tujuh buah anak syarikatnya iaitu Ketengah Holding (RM66,270), Ketengah Perwira (RM675,231), Yayasan Islam Terengganu (YIT-KPSB) (RM157,032), Ketengah Jaya(RM365,711), Kebunika (RM 18,158), Ladang Ternak Tani(RM17,894) dan Rakyat Ketengah Perwira (RM24,259).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads