Isnin, 10 September 2012

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Di KETENGAH</b> September 2012

Posted: 13 Aug 2012 06:52 PM PDT


Permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi memohon jawatan di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dalam Perkhidmatan Kumpulan Sokongan. Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang menetap di Negeri Terengganu.


1. JURUTEKNIK KOMPUTER
2. PEMBANTU AM PEJABAT
3. PEKERJA AWAM

Permohonan hendaklah menggunakan Borang LKTT: 1 (Pind. 1/2010) yang boleh diperolehi di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu dan di Pejabat Cawangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah Bandar Bukit Besi, Bandar Ketengah Jaya, Bandar Seri Bandi, Bandar Ceneh Baharu dan Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir atau dengan memuat turun dari laman sesawang, http://www.ketengah.gov.my

Permohonan hendaklah sampai kepada:-

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Karung Berkunci No. 3
23409 Bandar Al Muktafi Billah Shah
DUNGUN, TERENGGANU
(Bahagian Khidmat Pengurusan)

tarikh tutup permohonan sebelum atau pada 13 September 2012

Maklumat lanjut jawatan klik sini
Borang permohonan sila klik sini

PSR REMAJA : REMAJA RAIKAN RAMADAN SERENTAK <b>DI</b> DUA <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2012 08:18 PM PDT

Alhamdulillah antara program PSR 2012 ialah Remaja Raikan Ramadan (3R) dan sebanyak tiga buah masjid/surau di daerah Kemaman menjadi lokasi program 3R kali ini. Terbaru ialah di Masjid Felda Kerteh 5 di Ketengah Jaya yang melibatkan sekitar 50 orang remaja berumur 13-19 tahun dan juga di Masjid Sultan Ahmad dekat Bandar Chukai yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah di bandar ini. Kedua-dua program ini berjalan serentak dan dikendalikan dibawah Jawatankuasa Pembangunan Remaja IKRAM Kemaman di bawah Cikgu Hj Norfizam Said.

Program 3R di Felda Kerteh 5 kali ini istimewa kerana inilah kali pertama program sebegini dilaksanakan IKRAM di kawasan felda di daerah ini. Terdapat tiga buah sekolah menengah di Ketengah Jaya iaitu SMK Rasau, SMK Semarak B5 dan SMK Tetra Jaya. Terdapat juga ahli-ahli IKRAM yang bertugas sebagai guru di sekolah-sekolah ini yang membantu merapatkan lagi hubungan pihak sekolah dengan IKRAM.

Seramai 15 orang fasilitator diketuai Pengarah Program Saudara Khairul Azri telah terlibat menjayakan program ini. Di dalam program ini juga diperkenalkan kelab remaja IKRAMTeens kepada semua peserta. Para peserta begitu teruja dengan pelbagai program yang disediakan. Majlis penutup program telah disempurnakan oleh TYDP IKRAM Kemaman iaitu Ustaz Muzahar Hitam.

Manakala program di Masjid Sultan Ahmad pula diketuai oleh Pengarah Program Sdr Nadhir yang juga Mualim SMIAA Kemaman serta barisan fasilitator dari kalangan mahasiswa universiti yang sedang bercuti. Sekitar 80 orang remaja hadir di program ini. Ianya dirasmikan oleh Pengerusi Tetap IKRAM Kemaman Hj Che Zahari Che Nik.

Pelbagai program disajikan sepanjang program 3R ini. Mudah-mudahan segala usaha ini terus disusuli dengan program-program lanjutan tarbiah di sekolah masing-masing. Kerjasama yang sudah terjalin perlu dimanfaatkan lagi bagi melahirkan generasi kepemimpinan remaja rabbani demi masa depan ummah yang gemilang.

Program 3R yang ketiga akan diadakan di Surau Rantau Petronas dekat Kerteh pada minggu hadapan 10-11 Ogos 2012. Ini adalah program tahun keempat berturut-turut dimana pihak IKRAM (sebelum ini JIM) diberikan kepercayaan mengendalikan program remaja seumpama ini. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan diberkati Allah SWT.

Kisah Raya Kami-Versi Vespa - OnE HaPpy FaMilY

Posted: 27 Aug 2012 06:00 PM PDT

Auto N3...cik jue sekarang kat IJN .... appointment farisyah..rutin setahun sekali....
oklah bercerita kisah raya kami...
macam biasa tahun nie turn umah cik jue...
biasanya kalau kat umah cik jue mesti kami balik kampung mak dan ayah cik jue di BESUT terengganu..
tapi tahun ni kami beraya di rumah mak cik jue je...di KETENGAH JAYA je..
sebabnya adik cik jue kan dalam pantang..
kuranglah meriah sikit sebab kami adik beradik je yang ada...
sedara mara semua kat kampung...
tapi cik jue tak kisah pun janji dapat beraya disamping mak ngan ayah itu yang penting...
dan tahun ni cik jue beraya lama sikit kat umah mak sebab tak payah nak balik JB..
jadi kami kumpul kat KL jelah...
oklah..mengenangkan raya tahun nie...
cik jue mengandung..jadi takdelah baju sedondon kami...
pakai je mana yang ada...
tahun depan Insayallah kami berempat...
nanti baru kami raya sakan ok....
pagi raya tue ada kawan adik cik jue ni bawak VESPA datang umah...
apa lagi kami pun sakanlah bergambar dengan VESPA...
hahahaha saja cari kelainan di pagi raya....
oklah jom kita layan gambar kami yang tak berapa nak banyak nie....
(raya tahun nie penyakit M untuk ambil gambar menyerang....)
ni je gambar kami bertiga..farisyah tak nak ambil gambar...
cik poji nak jugak bergambar dengan VESPA...
 ini adik ku jamal dan neida...
dah macam pasangan couple rupanya ...
tempek satu je gambar di orang sebab banyak sangat
ini pulak adikku yang bongsu...
bergambar dengan farisyah....
pun sama banyak sangat gambar diorang..
jadi tempek satu jelah ye...
inilah gambar raya kami versi VESPA merah...
nanti cik jue letak lagi gambar raya kami versi dalam umah pulak ye...
jumpa lagi kat lain N3....


TeriMa KasiH Sudi Baca EnTrY Cik Jue aka Ibu FF

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads