Rabu, 12 September 2012

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


BLOG USANG: Duda mati dibunuh kejam <b>di Besut</b> Terengganu

Posted: 31 Aug 2012 12:08 PM PDT

KAKITANGAN Hospital Besut dan anggota polis mengusung mayat Faiza yang ditemui mati dibunuh dalam keadaan lututnya hampir putus dipercayai ditetak dengan senjata tajam dalam kejadian di Kampung Gong Manok, Kuala Besut, Besut kelmarin.


BESUT – Misteri kehilangan seorang duda anak satu sejak Rabu lalu terjawab kelmarin apabila dia ditemui mati dibunuh secara kejam dengan kedua-dua lututnya hampir putus ditetak manakala betis dan pinggangnya turut dilibas senjata tajam.
Mayat Faiza Jaafar, (gambar kecil) 27, ditemui dalam keadaan terduduk pada pukul 2.40 petang di kawasan sawah Kampung Gong Manok, Kuala Besut, dekat sini oleh bapa saudaranya yang keluar mencari mangsa.
Difahamkan, mangsa tidak pulang ke rumah sehari sebelum mayatnya ditemui hingga menimbulkan kerisauan kepada ahli keluarganya.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamarudin Mohd. Zakaria berkata, siasatan awal mangsa dipercayai dibunuh oleh lebih daripada seorang suspek antara pukul 5 petang hingga 9 malam Rabu lalu menggunakan senjata tajam seperti kelewang atau pedang.
"Kita sedang menyiasat motif sebenar pembunuhan dan polis telah mengenal pasti beberapa individu yang dipercayai boleh membantu siasatan," katanya yang menyiasat kes bunuh itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tambahnya, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya bagi urusan pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Kuala Besut dekat sini kira-kira pukul 4.30 petang semalam.
Sementara itu, ibu saudara mangsa, Normala Sulaiman, 55, memberitahu, mangsa yang tinggal di Kampung Beris Lampu, tidak jauh dari tempat kejadian, menunjukkan perubahan beberapa hari lalu.
"Dua hari sebelum itu, mangsa menunjukkan rasa berat hati apabila ibunya, Rohani Sulaiman, 48, menyatakan hasratnya untuk ke ibu negara dengan memberitahu mereka tidak akan berjumpa lagi," ceritanya ketika ditemui.
Tambah Normala, mangsa menetap bersamanya sejak kecil dan membantunya menguruskan kawasan tempat letak kereta dan perkhidmatan bot bagi pelancong yang ingin ke Pulau Perhentian.
"Mangsa pernah berkahwin dengan gadis sekampung dan dikurniakan seorang anak yang kini berusia tujuh tahun tetapi bercerai pada 2008," katanya lagi.

1 MALAYSIA: Sambutan Perdana Menteri <b>Di Besut</b> Menarik <b>...</b>

Posted: 06 Sep 2012 03:00 AM PDT

Sebahagian daripada orang ramai menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri di padang bola Kampung Tempinis, Kampung Tasik Tok Lebai, Besut.Kalau Pembangkang Melihat mesti cemburu dengan gambar ini.Walaupun bagaimana pun kena terimalah kenyataan bahawa Perdana Menteri yang terbaik......

Kes bunuh penjaga tempat letak kereta <b>di besut</b>. | Budak Nakal <b>...</b>

Posted: 31 Aug 2012 10:38 AM PDT



Seorang penjaga tempat letak kereta persendirian ditemui mati dibunuh di satu kawasan terpencil di hujung Kampung Gong Manok, dekat Kuala Besut di sini, petang semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Faiza Jaafar, 27, berasal dari Kampung Beris Lampu, Kuala Besut dekat sini dipercayai diseksa sebelum dibunuh berdasarkan kesan tetakan senjata tajam serta kelaran di bahagian kaki dan belakang pinggang mangsa. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Zakaria, berkata mayat mangsa yang juga duda beranak satu, ditemui salah seorang ahli keluarganya pada jam 2.40 petang selepas hampir dua jam kehilangannya.
"Mayat mangsa ditemui dalam keadaan duduk terlentang di satu kawasan sawah padi.
"Mangsa dipercayai mati akibat tetakan di bahagian lutut kirinya hingga hampir putus, betis kiri dan di belakang bahagian pinggang," katanya ketika sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.
"Polis percaya mangsa dibunuh antara jam 5 petang hingga 9 malam Rabu lalu," katanya.
Menurutnya pihak polis masih menjalankan siasatan terperinci dan kini sedang memburu beberapa suspek berdasarkan barang kes yang dijumpai.
Orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menghubungi Inspektor Rozaimi Abd Rahim di talian 09-6956222 untuk sebarang maklumat.
Dalam perkembangan lain, Kamaruddin berkata, siasatan terhadap kejadian pecah masuk Kedai Emas Sri Kelantan di Kuala Besut kelmarin dipercayai membabitkan suspek warga asing selepas cap jari dikesan di pintu dan peti besi.
Dalam kejadian itu tuan punya kedai dilaporkan kerugian RM250,000 apabila barang kemas yang disimpan dalam peti besi itu lesap dilarikan penjenayah. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads