Rabu, 8 Ogos 2012

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


Kelab Sukan dan Rekreasi Perwaja <b>Kemaman</b>: WARGAKILANG <b>...</b>

Posted: 26 Jul 2012 12:45 AM PDT

Baru-baru ini saya ada terdengar tazkirah seorang Ustaz yang memetik kata-kata Orang Alim, katanya: Kalau Allah SWT hendak memberi kebaikan kepada seseorang itu, tambah-tambah pula di bulan ramadhan ini, maka Allah SWT akan jadikan orang itu sibuk dengan urusan/kerjabuat untuk memberi kebaikan kepada orang lain. Maksudnya, sibuk dengan kerja-kerja amal dan kebajikan. Sebab itu, bila ada seorang sahabat dari Terengganu hantar email ajak Jalan-Jalan Masuk Kg bagi sumbangan kepada orang-orang miskin di sana; walau pun ambik masa 7 jam perjalanan dari Kedah ke Tganu, tapi sebab dok ingatkan tazkirah Ustaz tadi, saya gagahkan juga diri untuk turun ke Kemaman, Terangganu hari Sabtu 28 Julai ini. Mudah-mudahan ada kebaikannya menanti di sana. Sebut pasal Kemaman, kalau kita google Internet bab Isu Kemiskinan di Malaysia, Daerah Kemaman sama naiknya dengan Baling, daerah kelahiran saya di Kedah sana. Kedua-dua daerah ini termasuk dalam kawasan kajian awal kemiskinan di Malaysia oleh Prof Diraja Ungku Aziz di sekitar tahun 60an dulu. Secara kebetulan orang rumah saya orang Kemaman, lahir dan dibesarkan dalam keluarga Nelayan yang serba kekurangan. Maka bila anak Penoreh Getah dari Baling Kedah bertemu jodoh dengan anak Nelayan dari Kemaman, Terengganu; kisah kemiskinan terus menjadi sebahagian daripada sejarah keturunan kami. Mungkin kerana kami berdua pernah hidup dalam kemiskinan agaknya, maka bila ada kawan ajak turun padang bantu orang miskin, mudah saja kami berbuat demikian. 1. Rumah pusaka arwah mak/pak mertua saya di Kemaman – tidak ada lagi adik beradik yang tinggal di sini setelah masing-masing berkeluarga. Semua sekali, insyaallah ada 20 buah keluarga miskin yang bakal menerima sumbangan bagi meringankan beban mereka menempuh saki baki baki Ramadhan yang tinggal. 2. Melihat gambar anak kecil ini mengingatkan isteri saya dirinya sewaktu kanak-kanak tatkala menanti kepulangan arwah ayahnya dari laut - entah kan pulang entah kan tidak!. 3. Dua anak kecil ini girang bermain di sebalik kain langsir yang sudah luntur di rumah papan berdinding kayu plywood using. Ibunya hanya bergantung kepada upah siang ikan sekilo 60 sen untuk makan minum mereka sehari-hari. Bayangkan kalau nak beli beras 10kilo RM25, kena siang 40 kilo ikan!! – orang macam mereka ini, kalau ada orang boleh bagi beras, pasti amat-amat menghargainya. 4. Ini pula adalah rumah typical kaum Nelayan di Kuala Kemaman, insyaallah antara yang tersenarai dalam list penerima sumbangan nanti. (Rumah berbumbung dan berdinding Zink Usang dihadang dengan kain/kanvas) 5. Lantai rumah serupa sahaja luar dan dalam. 6. Menunggu masa menyembah bumi) 7. Makcik Tua ini pula terkejut dengan kunjungan sahabat kami sewaktu Team NGO Wargakilang Pantai Timur masuk ke kg-kg di Kuala Kemaman mengenal pasti keluarga yang layak menerima bantuan. 8. Menurut sahabat kami, keluarga ini adalah yang paling daif antara semua. Ayah bekerja tidak menentu, anak-anak 4 orang. Si kecil ini OKU. Ibunya pula walau pun baru 40an tapi raut wajah nampak macam orang berusia 60n, mungkin kurang zat makanan agaknya. Keluarga ini tinggal di sebuah rumah kedai zaman dulu-dulu, amat usang seperti sebuah gudang lama, tak sangka ada orang boleh tinggal dalam gudang macam ini, dengan lantai simen lama sudah nipis hampir menyamai lantai tanah. Insyaallah kami akan ke sana nanti. Akhir sekali adalah dalam gambar seorang Ibu Tunggal anak 5; bila tengok gambar dia, terus saya teringatkan kisah seorang Ibu Tunggal di Baling, Kedah bernama Kak Mazni yang pernah kami bantu suatu ketika dulu. Apa tidaknya, sampai mati pun saya tak akan lupakan Kak Mazni – beliau menangis teresak esak bila saya hulurkan Duit Note RM50. Dia kata, "Terima kasih lah adik, terima kasih banyak-banyak (sambil menangis tersedu-sedu), orang ingat kakak ni senang, kakak ada duit, walhal anak-anak kakak pergi sekolah tak makan apa, tak bawa duit…" Sungguh saya tak sangka RM50 itu bagi sesetengah orang cuma untuk sekali bubuh minyak kereta saja, tapi bagi Kak Mazni besar nilainya. Macam itu juga dengan Kakak dalam gambar di bawah ini, cuti Raya Cina 2012 yang lalu, kami ada singgah di rumah beliau bagi sumbangan beras gula kopi serba sikit. Bila dia dapat beras sekampit pertama yang kawan-kawan bawa turun dari kereta saya tu, terus Kakak ini cakap: "ALHAMDULILLAH – HARI INI DAPAT LAH MAKAN NASI" Bila kami longgokkan brg2 lain sampai bertimbun-timbun kat pelantar rumah dia, kakak ini tak habis-habis mengucapkan TIMA KASIH TIMA KASIH berulang-ulang kali; dia tak tau nak kata apa sampai merah mata dia bergenang dgn air mata, menangis tanda berterima kasih bersyukur tak terkira. Tak sangka - ada orang menangis bila dapat beras! Tanpa ditanya, kakak ini terus mengadu kat kami, dia kata dia ada 5 orang anak-anak yg masih bersekolah yg perlu disara. Tiap-tiap pagi bila bangun tidur, dia kena fikir macam mana nak dapatkan RM15 untuk hari itu supaya anak-anaknya ada makanan untuk dimakan. Kadang2 dia amik upah siang ikan keropok (60 sen sekilo isi ikan), kdg2 ambik upah kemas rumah orang dan apa saja pekerjaan halal untuk dapat RM15 itu. Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Walaupun kalian semua tidak mengenali kakak ini dan juga watak-watak lain dalam coretan saya ini, tapi percayalah mereka semua adalah SANAK SAUDARA kita, yang dihubungkan secara ghaib melalui kalimah SYAHADAH yang ada di dada-dada kita. Maka itu, kalau ada masa, mai lah join team kami, NGO WARGAKILANG yang baru belajar nak bertapak di Pantai Timur ini – maghi lah bersama sama kami berkumpul di parking lot Masjid Geliga, Kemaman seawal jam 8.00 pagi, Sabtu 28 Julai 2012. Bawalah apa yang ada, insyaallah jika diizinNya kita akan membawa sumbangan untuk 20 keluarga. Moga kerja buat kita untuk memberi kebaikan kepada orang lain ini akan dicatakan sebagai pahala kebaikan daripada Allah SWT untuk kita semua. Terima Kasih. 24.7.12 Admin: Menitis air mata penulis membaca kisah fakir miskin. Sesungguhnya kemiskinan itu sangat hampir dengan kekufuran jika ilmu agama kosong. Bantulah wahai sahabatku sekian. Selamatkan sahabat kita daripada kemiskinan.

Catz&#39;s Cafe: Yang best <b>di Kemaman</b>

Posted: 29 Jul 2012 10:19 PM PDT

 Dekat Kemaman ni , yang famous satar, otak-otak. Kalau nak makan / beli ada few kedai yang ok dan femes. Antaranya..kedai Aziz Satar.
Masa aku 1st time dengar pasal kedai ni, terus  terpikir.."pandai Aziz Satar pelakon tu kan...buat side business kat Kemaman...patutlah kedai ni femes, kedai Pak Ajiz Satar rupanyaaa...."

Hoh..then pagi tadi terdengar kat radio pasal  Soya Bakar. Femes gila..sure org bayangkan soya tu dibakar dulu before proses jadi air soya kan.kalau tak..tah celah mana proses pembakaran tu?
tapi femes gila sampai org beratur beli. Biasalah..now kan macam2 produk makanan dalam pasaran...
so ada org tanya.."Pakcik...spesel air soya pakcik ni..channer tuh pakcik bakar soya nih...pelik kann..soya bakar"
Pakcik: Nakk...pakcik memang jual air soya...Nama pakcik Bakar. so nama bisnes pakcik SOYA BAKAR.

Nama memberi seribu impact you. Tak pasal2 femes....

so..aku terfikir...Nama kedai Aziz Satar tu..oo..owner dia nama Aziz. Jual Satar. SO aziz satar.
eh..kalau ikut kes soya tadi, nama kedai ni should Satar Aziz.
hehhehe..........

Aku beli depan kedai ni..utk org take away
 ni tak reti nama apa. Tapi digoreng...sedap gak..pulut yng dibungkus tuh..

pulut panggang, tapi inti ikan
dan keropok lekor. yang ni keropok INTAN. Femes katanya...Tapi baik hati tokey kedai ni..bagi keropok free lah...extra gituh..murah rezeki makcik..
so buka puasa aku semuanya borong di kedai Aziz Satar nih....

Errah Najwa: Jawatan Kosong Jurutera Civil <b>di Kemaman</b> <b>...</b>

Posted: 21 Jul 2012 10:47 AM PDT

Etalek Engineering & Construction, Terengganu sedang mencari pekerja yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan kerja-kerja kejuruteraan awam.
Bidang kerja kejuruteraan awam seperti
-penyediaan tender/quotation
-merancang aktiviti-aktiviti untuk kerja civil
-untuk mengendalikan kerja-kerja pembinaan awam
-untuk mengawal dan memimpin pekerja di tapak
-untuk menyediakan laporan dan dokumen berkaitan kerja-kerja civil
-bekerjasama dengan pelanggan, subkontraktor dan pembekal bagi projek-projek civil
-untuk mengawal kos semasa bekerja
Untuk memohon sila layari http://www.etalek.com.my dan klik career opportunities untuk drop resume yang terkini .
Fresh graduates are encouraged to apply
Salary: RM 2 400 / month
Experience Level: 1-3 years
Application Deadline: 19 Aug 2012
Service provider & contractor for Oil & Gas Industry mainly in:

-Civil Engineering
-Electrical Engineering
-Instrumentation Engineering
-Manpower Supply
-Consultation
-Materials supply

Registered Bumiputra Company with MOF, Energy Commission, CIDB and Petronas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads