Selasa, 3 Julai 2012

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


Latihan Perkhemahan Tahunan PKBM Udara Peringkat Kebangsaan

Posted: 03 Jul 2012 01:43 AM PDT

Pangkalan Udara Kuala Lumpur – PKBM Udara telah menjalani Latihan Perkhemahan Tahunan Peringkat Kebangsaan yang bermulai 24 Jun 2012 yang lalu sehingga 29 Jun 2012 iaitu selama 6 hari secara berterusan. Latihan tersebut telah dijalankan di Pusat Kokurikulum Kelantan, Jabatan Pelajaran Kelantan, Kem Tangok, Bachok Kelantan. Seramai 276 orang Kadet PKBM Udara gabungan daripada 23 sekolah PKBM Udara seluruh Malaysia akan terlibat dengan latihan tersebut.

Pada hari khamis yang lalu iaitu 21 Jun 2012, semua Pegawai dan Jurulatih JPSTU telah berkumpul di Padang Kawad JPSTU untuk taklimat pentadbiran latihan dan memulakan perjalanan ke Kelantan. Antara objektif latihan yang dijalankan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ketenteraan kadet PKBM Udara sejajar dengan perkembangan terkini TUDM khasnya dan ATM amnya. Selain itu, latihan tersebut bertujuan untuk membentuk dan memberikan pendedahan kepada Kadet PKBM Udara agar berdisiplin dan mengetahui etika ketenteraan.

Jurulatih daripada Jabatanarah PSTU sedang memberi taklimat ringkas kepada setiap Kadet PKBM Udara.

Jurulatih sedang memeriksa beg pakaian yang dibawa Kadet PKBM Udara bagi mengelakkan mereka daripada membawa barang-barang terlarang.

Perkhemahan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Udara) peringkat kebangsaan telah dirasmikan dan dimulakan dengan pembukaan pertandingan Kawad Kaki antara sekolah-sekolah yang terlibat. Sebanyak 22 buah sekolah yang menyertai pertandingan tersebut yang dijalankan bermula 8000 pagi hingga 1230 tengah hari. Aktiviti seterusnya yang berlangsung serentak pada sebelah petang adalah pertandingan mendirikan khemah, paintball dan tali tinggi. Ia dilaksanakan pada sebelah petang.

Latihan Tali Tinggi bertujuan memupuk sikap keberanian dan ketahanan fizikal setiap kadet.

Jurulatih Jabatanarah PSTU sedang menilai dan memberikan markah kepada setiap khemah peserta.

Perkhemahan PKBM Udara Peringkat Kebangsaan Tahun 2012 pada hari kedua telah berjaya dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pada sebelah pagi, pertandingan jalan laju dan latihan memasak di medan. Latihan-latihan ini diadakan adalah bertujuan untuk memupuk sikap setiakawan, kerjasama dalam pasukan serta berinteraksi dan bersosial dengan anggota Angkatan Tentera. Pada sebelah petang pula, pertandingan paintball dan tali tinggi iaitu sambungan daripada aktiviti yang dijalankan pada hari pertama.

Peserta pertandingan jalan laju bersemangat meneruskan larian sejauh 5.8 kilometer bersama kumpulan daripada sekolah masing-masing.

Kadet PKBM Udara sedang melakukan aktiviti latihan memasak di medan sambil diperhatikan oleh Jurulatih Bantuan dan Guru Pengiring.

Semangat setiakawan dan kerjasama dalam satu pasukan setiap Kadet PKBM Udara dapat dilihat sewaktu pertandingan paintball diadakan.

Pada hari ketiga iaitu 27 Jun 2012 pertandingan menembak telah diadakan di Lapang Sasar Gunong, Bachok Kelantan. Kadet PKBM Udara berpeluang menembak menggunakan senjata jenis Styer AUG 5.56 mm dengan dipantau rapi oleh Jurulatih Senjata pada sebilang masa. Selain daripada itu, ianya dapat membentuk dan memberikan pendedahan kepada Kadet PKBM Udara agar berdisiplin dan mengetahui etika ketenteraan.

Guru Pengiring Kadet PKBM Udara juga diberi peluang untuk mencuba senjata tersebut dan ini dapat menarik perhatian guru untuk meneruskan lagi penglibatannya di dalam PKBM Udara pada masa akan datang sekaligus dapat menarik perhatian lebih ramai lagi guru dan pelajar menyertai PKBM Udara.

Perkhemahan PKBM Udara Peringkat Kebangsaan Tahun 2012 pada hari keempat diteruskan dengan lawatan ke Pangkalan Udara Gong Kedak. Ketibaan rombongan lawatan telah disambut oleh Ketua Cawang Operasi PU Gong Kedak.

Sejurus ketibaan, semua peserta lawatan dijemput untuk mendengar taklimat informasi semasa berkaitan TUDM dan amnya ATM. Atucara lawatan dimulakan dengan peserta dibawa melawat ke Skuadron SAR, Cawang Operasi, Pusat Simulator Sukhoi dan No 11 Skuadron.

 

 Kadet PKBM Udara dan guru pengiring diberi penerangan dan demonstrasi memadam kebakaran oleh pasukan Bomba TUDM daripada PU Gong Kedak

Kadet PKBM bergambar kenangan berlatar belakang jentera Bomba TUDM.

Majlis Penutup Perkhemahan PKBM Udara telah diadakan pada 29 Jun 2012 bertempat di Medan Kawad, Pusat Kokurikulum Negeri, Bachok Kelantan. Majlis penutupan tersebut  telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Tadbir iaitu Mej Jen Dato' Mohd Noh bin Mohd Said TUDM. Antara dif-dif jemputan yang turut hadir ialah Puan Hajah Rosnah binti Haji Wan Ibrahim iaitu Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan, Tuan Haji Mohd Anuar bin Abdul Hamid iaitu Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kokurikulum Dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia serta wakil dari Polis DiRaja Malaysia, wakil Pasukan Bomba dan Penyelamat serta wakil – wakil dari semua Pejabat Pelajaran Negeri Kelantan.

Asisten Ketua Staf Tadbir sedang berucap sempena merasmikan Majlis Penutup Perkhemahan PKBM Udara pada 29 Jun 2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads