Khamis, 19 Julai 2012

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Kolokium Kepimpinan Mahasiswi Nasional (KKPN) <b>di</b> ILIM, <b>Besut</b>.

Posted: 05 Jul 2012 08:21 AM PDT



Alang alang masih panas lepas tulis satu entri, baik aku teruskan saja dengan entri yang seterusnya.hehe. kemungkinan hujung minggu ni aku ada hal sedikit.kang nanti tertangguh-tangguh lagi. Ada pula nanti yang menghantar mesej menanyakan kapan mahu update blog :p sungguh aku tak lupa, internet kat rumah ni lambat macam siput. siput jalan pun laju lagi.
Minggu lepas buat sekian kalinya, aku menjejakkan kaki ke Terengganu Darul Iman setelah kira-kira 13 tahun kami pindah keluar dari Terengganu. Tak ingat dah duduk kat area mana tapi yang pasti tadika aku kat depan rumah aje ehehe :) Tujuan ke tranung kali ni bukan untuk melancong atau mengimbas nostalgia lalu, tapi sebenarnya untuk hadiri Kolokium Kepimpinan Mahasiswi Nasional (KKPN) yang diadakan di besut.  Waktu nok kelik tu adola jalang-jalang sikit, beli ole-ole. ß jangan tiru bahasa ni.bahasa hentam ajelah namenya.
Kolokium ni istimewanya dihadiri oleh kaum hawa saja, dengan seorang ustaz daripada jakim sebagai pengiring dan juga pengarah program. Sangat bebas dan den sangat sangat suko hehe.Kolokium ni jugak sambungan kepada aktiviti pkpim yang dulu penah buat di morib, iaitu kem res-q. Kalu dulu aku, fatin, firas dengan tiqah antara yang senior kat kem res-q, tapi kali ni mintak maafla, barangkali kalu kalian semua ikut serta, kita antara yang paling junior sekali dalam program. Ahaa.. silap besar dulu aku berangan nak jadi fasi.
Tapi tak apa, soal umur tak menjadi masalah. Asalkan kita hormat orang lain, dan yakin pada diri sendiri, kita mungkin bahkan bisa menjadi ketua. Sebabkan aku dah kenal beberapa orang kakak fasi, aku tak dela jadi malu-malu kucing sangat. Lebih-lebih lagi semuanya kaum hawa, ni la masanya untuk ku bina keyakinan diri supaya mantep! ;)
Kami bertolak pada malam khamis, berkumpul semua di kl sentral. Dan sampai di ILIM, besut kira-kira jam tujuh setengah pagi gitu.Subhanallah, tempat nya sungguh nyaman dan indah sekali! Dahla dekat dengan pantai. Allah maha mengetahui bahawa hambaNya seorang ini sangat cinta pada pantai!
A'la kulli hal, aku sangat berpuas hati sepanjang kolokium ini dijalankan, iaitu selama 3 hari dua malam. Aku timba pelbagai ilmu baru daripada penceramah-penceramah jemputan yang bukan calang-calang orangnya. Antaranya, Ustazah Zawiah Hasan-Mursyidah Rancangan Ustazah Pilihan Astro Oasis, Ustazah Normadiha Daud-Pensyarah UNISZA dan penulis buku, dan seorang lagi Ir En Khairunnizam (kalau tak silap)-Engineer IT.
Ada satu perkara lagi yang aku tak kan lupa selamanya. Pada hari yang kedua, selepas BBQ, biasalah, malam tu adalah malam kemuncak. Malam yang dipanggil sebagai culture night.Seakan tahu kemampuan kami, kumpulan aku (kump 5) diberi tugasan bertajuk: Sajak berirama- Wanita dan Bunga. Sajak??! aku mana pernah bersajak, inikan pula nak mengarangnya. Suruh menyanyi boleh tahan lagi :p Aduh sakit perut dibuatnya.Tempoh persediaan sudah lah singkat. Terus dalam pikiran aku terlintas seorang sahabat baik semasa di smap kajang dulu. Yaa… naimah! Seorang yang sangat hebat dalam bidang sastera begini!
Terus aku hantar mesej meminta pertolongan, dan siapa sangka, selang beberapa jam, satu mesej panjang masuk ke dalam inbox.Terkebil-kebil mataku membaca..
Tatkala alis mataku merenung
Pada sebuah citra nan indah
Jiwaku bagai dinaungi awan cinta
Terpaku..pada keindahan sang debunga
Duhan sebaik hiasan dunia
Dirimu persis kuntuman mawar
Indah dipandang, namun sukar disentuh
Dilingkari duri-duri keimanan
Dilitupi kelopak ketaqwaan
Dan disemai baja keredhaan
Bukan mudah untuk dihampiri
Apatah lagi untuk dimiliki
Kerana..tidak mudah meraih cintamu
Sesukar mencantas dahan ketaatan
Hanya, hanya pemuda yang cintakan Tuhannya
Bisa memiliki sekuntum mawar berduri
Subhanallah.subhanallah, ana sangat kagum dengan anti naimah! Dengan sajak yang anti nukilkan ini, dengan bangga ana bentangkan hasilnya pada kumpulan. Ada sedikit rangkap lagi yang ana tambah kerana bukan ana sorang saja yang baca, tapi setiap seorang dalam kumpulan ana turut mengambil bahagian. Alhamdulillah, terima kasih sahabatku cinta! ;)
Haa..terasa panjang pulak celoteh kali ni. Melepaskan gian agaknye.
Untuk setiap perkara yang Kau telah aturkan padaku, terima kasih yaAllah, aku sangat sangat menghargainya dan juga sangat sangat bersyukur terhadapnya. I luv u soo much :)
p/s: Fatin, ana bukan nak buat anti rase jeles, tapi serius ana rase program kali ni memang lagi bes daripada yang dulu kita pergi. Nama pun untuk mahasiswi makanya memang cocoklah aktivitinya dengan kita.hehe. Tapi jangan risau, memang betul ada hikmahnya. Hari ahad tu kami sampai malam dalam pukul 10 macam tu. Ana pun terpaksa tumpang bilik kakak uia dulu sebelum balik rumah keesokannya. Bayangkan kalu anti ikut, terkejar-kerjarla nak gi daftar 2 julai tu :D Ada apa-apa maklumat lagi, pasti ana akan informkan k! :)
surau yang tersergam indah.dikelilingi bukit dan pantai..tempat yang pasti akan dirindui!


semasa sesi tadabbur alam :)


di mana bisa ku cari ketenangan seperti yang ku rasakan saat ini.




 kak dyll yang menghandle aktiviti yang dinamakan semut gila
inilah ustazah zawiah, kalau sebelum ini hanya jumpa di kaca tv untuk forum perdana, kali ini siap berpeluang bertentang mata pula dengannya :)


kumpulan 5-semasa persediaan untuk latihan sajak :p


ini pula ustazah normadiah.subhanallah teknik penyampaian ceramahnya sungguh hebat.walaupun slotnya pada waktu tengahari, tiada seorang pun yang mengantuk.mana taknya, bahasa t'ganu nya sungguh pekat! tak kering gusi kami ketawa :D


penceramah dan bakal penceramah.ameen...


taklimat untuk praktikal komuniksi dakwah
berdoa sebelum memulakan perjalanan-menemu bual masyarakat luar


semasa proses interview-berrmacam ragam, berrrmacam pendapat




berpeluang untuk solat dan membaca mathurat di tepi pantai.subhanallah, pengalaman yang cukup berharga, cukup menginsafkan.




antara persembahan bidan terjun he he


rupanya hari ini hari lahir kak tikun.fasi kami yang tersayang ;D




bersama orang atasan kolokium


Kak rosita dari usim. kak ita punya ilmu agama yang sangat mantap! Sepanjang kolokium,dialah penghuluwati.Ditakdirkan pula aku sebagai roomatenya. yaAllah,,aku sangat-sangat bersyukur!.kak ita orang sabah, dan aku byk belajar benda baru darinya.trima qasih bah!


KKPN anjuran JAKIM & PKPIM berakhir dengan penuh nostalgia yang indah :) :)
Aku sentiasa berdoa supaya Allah menjadikan aku baik. Aku sentiasa berdoa agar Allah menempatkan aku bersama orang yang baik-baik. Dan yang pasti dan selamanya, aku sentiasa berdoa agar Allah mengampunkan dosa lamaku yang hina. Ameen. Ameen ya rabb..
"Setiap urusan ada masanya. Aku ikhlaskan tangan Tuhan membimbingku meraih seluruh impian ini."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads