Isnin, 2 Julai 2012

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Langgar lari, warga emas maut <b>di Besut</b> | Darul Iman

Posted: 25 May 2012 05:29 AM PDT

BESUT: Seorang warga emas maut dalam kejadian langgar lari di kilometer 16 Jalan Kuala Besut-Kampung Raja, awal hari ini.

Yusof Abdullah, 68, yang berasal dari Kampung Bukit Abal, Pasir Putih Kelantan mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria berkata warga emas terbabit dilapor dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan ketika dia berjalan berseorangan di tepi jalan itu pada pukul 3.30 pagi.

Mayat lelaki itu ditemui oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat, katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Besut melalui talian 09-6956222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads