ads

Jumaat, 15 Jun 2012

13 di jerteh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di jerteh - Google Blog Search


Saksikan Angin Perubahan Pada Program PGU DUN <b>Jerteh</b>

Posted: 06 Jun 2012 11:31 AM PDT

Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) PAS Jerteh akan menganjurkan program PGU (PAS Ganti UMNO) selama tiga hari pada 7, 8 & 9 Jun 2012 (Khamis hingga Sabtu) bertempat di Dataran PUSTAK, Padang Luas, Jerteh.

Program ini adalah kesinambungan daripada usaha kita untuk memperkukuhkan keyakinan masyarakat terhadap kesungguhan PAS mengambil alih teraju pemerintahan kerajaan negeri selepas PRU13 akan datang.

Sekretariat PGU telah menyusun program kali ini dalam konteks yang dikira lebih terbuka. Program penerangan melalui ceramah disusun tiga malam berturut-turut disamping kuliah Dhuha dan Kuliah Maghrib Perdana. Ceramah motivasi pilihanraya khusus untuk muslimat juga turut diadakan.  Di samping itu acara-acara seperti persandingan futsal pemuda, ziarah, pertandingan larian pemuda, pertandingan mewarna, memancing dan sukan keluarga pasti akan memeriahkan sambutan kali ini.

Pihak penganjur juga akan menyediakan juadah makan tengahari kepada masyarakat dan rakyat pada hari terakhir (Sabtu, 9hb Jun di tapak program).

Sehubungan dengan itu, bagi pihak urusetia, saya menjemput dan mempersilakan seluruh masyarakat untuk bersama-sama ke program tersebut bagi menyaksikan sendiri angin perubahan yang sedang berlaku khususnya di DUN Jerteh. Insya Allah satu pengisytiharan "Selamat Tinggal UMNO" akan dibuat secara beramai-ramai di hadapan YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang, Presiden PAS.

Beberapa tokoh dan pimpinan telah diundang untuk mengisi slot ceramah dan kuliah, antaranya YB Mohd Taufik Abd Ghani (Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan), YB Senator Dr. Johari Mat, YB Tian Chua (PKR), Ustaz Hassan Abd Razak (Pegawai Khas Menteri Besar Kedah), ustaz Zulkarnain Hassan (KIAS), Sdri. Aiman Atirah Al Jundi (Ketua Penerangan DMP Pusat), YB Dr. Alias Abd Razak (TPJ PAS Terengganu), ustaz Kamaruzzaman Abdullah (Naib Ketua DPP Terengganu) dan selebriti /artis terkenal Aishah.

USTAZ WAN AZHAR WAN AHMAD
YDP PAS Kawasan Besut
Merangkap Pengarah MTD Jerteh

Komen:

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved