Jumaat, 22 Jun 2012

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


Apa Itu Demam Denggi Dan Langkah Mengatasinya | <b>Bukit Besi</b> Blog

Posted: 29 May 2012 07:48 AM PDT

Demam denggi adalah disebabkan oleh sejenis virus denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk Aedes dan dianggarkan terdapat lebih daripada 100 juta kes penyakit denggi ini di merata dunia setiap tahun.

Tanda – Tanda Dan Symptom Demam Denggi

Bagaimanakah untuk mengetahui anda berkemungkinan menghidap denggi?

Pesakit biasanya akan mengalami tanda-tanda dan gejala ini selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:

  • Sakit kepala
  • Demam panas
  • Sakit sendi-sendi
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit biji mata
  • Loya dan muntah-muntah
  • Ruam

Komplikasi Denggi

Apakah yang akan berlaku sekiranya anda tidak mendapatkan rawatan? Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa dan demam denggi berdarah yang boleh membawa kepada kematian. Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda seperti di atas dan juga pendarahan seperti berikut:

  • Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
  • Mudah lebam
  • Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut

Apakah Rawatan Untuk Demam Denggi

Pada masa ini masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan dengan kada segera. Pesakit biasanya akan diberikan ubat demam serta dinasihatkan berehat malah digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidapi demam denggi berdarah.

Langkah Mengatasi Demam Denggi

Apa yang anda perlu lakukan untuk mencegah demam denggi? Terdapat pelbagai cara untuk mencegah penyakit ini daripada terus merebak dan menular di kawasan anda. Antaranya adalah seperti berikut:

Memastikan tiada tempat untuk pembiakan nyamuk

  • Membuang bekas yang boleh menyebabkan takungan air
  • Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengelakkan jentik-jentik
  • Pastikan saluran atap sentiasa mengalir
  • Pastikan semua pasu bunga dan bekas tadahan air dibuang setiap minggu
  • Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan ditutup bersama penutup

Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk menggelakkan gigitan nyamuk seperti:

  • Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang semasa keluar rumah
  • Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup
  • Pastikan tingkap dan pintu sentiasa tertutup
  • Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota yang terdedah dengan gigitan nyamuk
  • Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk

Petua Demam Denggi

  • Minum air 100 Plus
  • Minum air jus buah Kiwi
  • Jus Tembikai
  • Jus Pegaga
  • Jus daun Betik
  • Jus Kurma
  • Air garam
  • Air buah kelapa
  • Sup ketam

Info dari: http://www.myhealth.gov.my

Nota: Tidak salah mencuba petua pencegahan penyakit ini. Selamat mencuba.

Carian Popular Terkini:
  • kemalangan maut
  • corak inai di tangan
  • kemalangan maut di malAysia
  • punca demam denggi
  • ukiran inai di tangan
  • symptom demam denggi
  • demam denggi
  • langkah mengatasi demam denggi
  • inai pengantin kaki
  • punca-punca demam denggi

Related posts:

  1. Apa Itu Jangkitan Rotavirus

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads