ads

Rabu, 6 Jun 2012

13 di besut - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


Pusat Rawatan Penagih Dadah Dibina <b>Di Besut</b> | MyNewsHub

Posted: 24 Mar 2012 08:53 PM PDT

KUALA TERENGGANU – Sebuah pusat rawatan bagi penagihan dadah yang dikenali sebagai Klinik Cure And Care (CNC) bernilai kira-kira RM23 juta akan dibina di Kampung Raja, Besut tidak lama lagi.

Pengarah Agensi Antidadah Negeri Terengganu, Abdul Mutalib Abdullah, berkata pembinaan pusat itu sebagai menaik taraf Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) yang sedia ada di situ.

"Pembinaan pusat rawatan CNC di atas tapak Puspen yang akan dirobohkan. Sekarang dalam proses menawarkan tender dan pembinaannya dijangka bermula Jun ini," katanya di sini, hari ini.

Abdul Mutalib berkata, sementara pembinaannya siap yang dijangka dalam tempoh dua tahun, semua kakitangan Puspen serta penghuninya akan ditempatkan di pusat pemulihan penagihan narkotik yang lain.

Beliau berkata, klinik CNC itu akan menempatkan 200 katil yang mampu membantu penagih di sekitar Daerah Besut dan daerah lain di Terengganu mendapat rawatan serta pemulihan.

Katanya, konsep klinik CNC iaitu untuk memberi rawatan kepada penagih yang datang secara sukarela dan tidak terikat seperti tinggal di pusat berkenaan.

"Ia berbeza dengan konsep Puspen apabila penagih yang dimasukkan ke Puspen perlu mendapat perintah Mahkamah. Tetapi pusat CNC ini lebih terbuka dengan penagih sukarela datang untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Sementara itu, Abdul Mutalib berkata, di Terengganu terdapat 21,177 ahli Skuad 1Malaysia yang terdiri daripada pertubuhan dan persatuan.

Katanya, antara pertubuhan dan persatuan itu ialah Rakan Antidadah (Rada) membabitkan 17,654 ahli, Persatuan Alumni AADK (2,216), Masyarakat Wanita Antidadah (1,170), Jawatankuasa Pemulihan Dadah (144), Ahli Lembaga Pelawat (10) dan Pembimbing Rakan (13).

"Objektif kita ialah untuk menimbulkan kesedaran kepada masyarakat terutama golongan remaja dan belia mengenai kesan dadah terhadap kesihatan dan kesejahteraan.

"Kita menggerakkan Skuad 1Malaysia dan ahli komuniti bagi memerangi masalah dadah dalam komuniti mereka serta menyampaikan maklumat mengenai perkhidmatan terkini kerajaan dalam bidang rawatan dan pemulihan penagihan dadah," katanya. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved