ads

Khamis, 31 Mei 2012

13 di setiu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di setiu - Google Blog Search


Pengalaman PRU Yang Lepas Sandaran UMNO <b>Setiu</b> Pertahankan

Posted: 16 Apr 2012 02:21 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

Pengalaman PRU Yang Lepas Sandaran UMNO Setiu Pertahankan Kawasan

Oleh : Azman Abas

SETIU, 16 April – Pengalaman mengharungi pilihan raya umum dengan penuh konsisten sebelum ini bakal dijadikan pengalaman yang cukup bermakna bagi UMNO Setiu untuk berdepan pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Setiu Datuk Mohd Jidin Shafie berkata pihaknya bukanlah bongkak dan angkuh dengan kedudukan tersebut tetapi bercakap atas landasan dan realiti yang sebenar di bahagian berkenaan.

Menurut beliau pola penduduk serta pengundi bahagian berkenaan yang terdiri daripada gabungan pelbagai latar belakang seperti nelayan, petani, orang pantai serta kakitangan kerajaan dan lain-lain kumpulan penduduk yang beryukur dengan apa yang dilaksakan oleh kerajaan hari ini memberi kelebihan kepada mereka.

"Alhamdulillah… penduduk Setiu bersyukur dengan apa yang dibuat serta seiring dengan pelbagai perancangan yang dibuat oleh kerajaan negeri yang ditunjangi oleh BN. Maknanya di sini mereka melihat dan bijak menilai apa yang telah kita laksanakan.

"Jadi mereka membalasnya dengan memberikan undi serta kepercayaan kepada kita untuk menjadi mata dan telinga kepada mereka di segenap kawasan dan ceruk kampung. Dengan kombinasi keempat-empat ADUN iaitu Jabi, Permaisuri, Langkap dan Batu Rakit  yang giat turun padang dan melaksanakan tanggungjawab, penduduk merasakan mereka terbela.

"Atas dasar berkenaan, saya cukup yakin BN akan terus bertapak di Setiu dan terus mendapat kepercayaan pengundi kelak," katanya dalam temubual ekslusif bersama UMNO-Online di sini.

Setiu mempunyai empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Permaisuri, Langkap, Jabi dan Batu Rakit. Kesemua empat DUN dan Parlimen dimenangi BN pada pilihan raya umum yang lalu.

Mohd Jidin yang juga Ahli Parlimen Setiu seterusnya menambah konsep mengalah dan mendengar memberi kelebihan kepada BN kawasan berkenaan untuk terus mendapat tempat dihati rakyat.

"Masalah yang timbul kita cari jalan penyelesaian sebaik mungkin dan kita selalu peka dengan apa yang dihadapi oleh penduduk setempat.

"Sebagai contoh di DUN Jabi pada pilihan raya umum 2004, ramai orang mengatakan BN akan kalah teruk tetapi kita menang dengan majoriti 1,000 lebih…Dan pada pilihan raya umum yang lalu kita terus mempertahankan Jabi dengan majoriti 800 lebih…

"Jadi saya melihat kelebihan BN Setiu yang sentiasa dekat dengan hati rakyat memberi kelebihan keapda kita berbanding pembangkang yang hanya nampak muka sekali-sekala sahaja," katanya. -MediaUMNO

Berita Bertarikh 16 April 2012 Pada 5:21 PM

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved