Isnin, 14 Mei 2012

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Panorama Malaysia

Posted: 13 May 2012 11:36 AM PDT


Adakah anda seorang yang menyukai sesuatu yang menarik seperti saya?
Jom terokai keindahan panorama alam bersama saya di,TAMAN TAMADUN ISLAM,PULAU WAN MAN,KUALA TERENGGANU,MALAYSIA… 
Masjid Kristal adalah sebuah masjid di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Masjid ini terletak di Taman Warisan Islam di Pulau Wan Man. Masjid ini telah  dibina antara 2006 dan 2008. Ia telah dibuka secara rasmi pada 8 Februari 2008 oleh ke-13 Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu.
Terdapat pelbagai monumen-monumen masjid yang terdapat di Taman Tamadun Islam ini, dan ia adalah salah satu daripada tarikan pelancong untuk berkunjung ke sini bukan sahaja pelancong yang beragama islam malahan juga mereka yang berlainan agama juga boleh berkunjung ke sini.
Pada cuti semester  yang lepas saya telah berkesempatan untuk melihat dan menghayati sendiri  keindahan Taman Tamadun Islam yang  indah dengan masjid yang dibina terutama Masjid kristal yang tersergam indah.
Selain itu, saya juga tidak melepaskan  peluang untuk menunaikan solat asar di dalamnya , selain di lengkapi dengan peralatan solat yang cukup seperti  kain sembahyang yang bersih, masjid ini juga menyediakan tempat wuduk yang selesa dan mempunyai tandas yang besar dan paling penting ianya bersih dan selesa.
Terdapat juga kerusi-kerusi berdekatan  yang disediakan kepada pengunjung untuk duduk dan menghayati pemandangan  masjid, selain itu juga kedai menjual makanan dan minuman serta kelengkapan ibadah  seperti songkok, kopiah, tasbih dan al-Quran  turut dijual di kawasan perkarangan masjid.
          Saya juga tidak melepaskan peluang untuk merakamkan memori indah ketika berada di sana untuk di abadikan  sebagai kenangan terindah di dalam  blog ini dan untuk dikongsikan sebagai pengetahuan buat semua.
          Jadi , saya telah pergi anda pula bagaimana?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads