Isnin, 7 Mei 2012

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


Ahmad Said Lawat, Berusaha Bantu Mangsa Ribut <b>di Marang</b>

Posted: 07 May 2012 10:21 PM PDT


 "Bantuan membaiki rumah, ganti atap baru akan disalurkan dan diselesaikan dalam tempoh sehari dua ini. ...Walaupun bantuan yang diberikan itu tidak dapat menggantikan kerugian yang ditanggung mangsa, namun sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban mangsa terlibat." Datuk Seri Ahmad Said

Keprihatinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said mengatasi komitmen pemimpin pembangkang sama ada Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) apabila bukan sahaja melawat mangsa ribut di Bukit Payong Marang tetapi berusaha membantu mereka.

Beliau yang memang cakna rakyat selalunya antara orang pertama yang akan meninjau masalah rakyat atau apa juga mala petaka yang menimpa rakyat negeri ini.


Ahmad Said berbekalkan sikap keprihatinan, cakna dan pemurah tidak sahaja meninjau, mendalami masalah rakyat tetapi seboleh-bolehnya membantu mereka yang memerlukan dan tidak bernasib baik.

Buktinya, nasib mangsa ribut yang melanda sekitar DUN Bukit Payong, Marang mendapat perhatian Ahmad Said yang berjanji bantuan segera akan dihulurkan kepada golongan berkenaan.

Menteri Besar berkata, bantuan daripada pihak kerajaan negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta pihak lain yang prihatin dapat meringankan beban mangsa bagi meneruskan kehidupan seharian.

"Bantuan membaiki rumah, ganti atap baru akan disalurkan dan diselesaikan dalam tempoh sehari dua ini. Kita telah membuat tinjauan, banyak atap rumah tercabut. Malah ada rosak teruk dihempap pokok besar.

 "Walaupun bantuan yang diberikan itu tidak dapat menggantikan kerugian yang ditanggung mangsa, namun sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban mangsa terlibat," katanya yang ditemui ketika melawat sebahagian mangsa yang terlibat pagi Ahad lalu.

Hadir sama, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payong, Zaidi Muda.

Petang Sabtu lalu, lebih 500 rumah di tiga daerah di Terengganu mengalami kerosakan akibat dilanda ribut dan hujan lebat.

Kejadian pukul 4 petang selama bagaimanapun tidak mengakibatkan kehilangan nyawa mahupun kecederaan.

Ribut dan hujan lebat kira-kira dua jam itu melanda beberapa daerah termasuk Kuala Terengganu, Marang dan Setiu.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu, Zuhami Omar, berkata sekurang-kurangnya lima rumah dilaporkan dihempap pokok dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu di Bukit Payong sahaja.

Beliau berkata, di Kampung Undang, sebanyak 104 buah rumah mengalami kerosakan seperti atap dan dinding. Zuhami berkata, JKM sedang menilai kerosakan rumah berkenaan sebelum menyalurkan bantuan.

"Kita sedang mendapatkan maklumat terperinci tentang kerosakan rumah daripada pihak berkenaan di kampung terbabit," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Menteri Besar melawat rumah mangsa kejadian di Kampung Undang, di Marang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang Sabtu itu, 208 buah rumah mengalami kerosakan yang membabitkan 105 buah rumah di Kampung Undang, Kampung Laut (17 buah), Kampung Belukar Jambu (4 buah) dan Kampung Surau Panjang (10 buah). Turut terjejas, Kampung Tok Dir (6 buah) Kampung Mak Kemas (25 buah), Kampung Padang Pak Su Man (23 buah) dan Kampung Batu 9 (18 buah).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads