Ahad, 27 Mei 2012

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

Prospektus Penyenaraian FGVH Dilancarkan Khamis | Bicara hati Ibu

Posted: 27 May 2012 03:49 AM PDT

Prospektus Penyenaraian FGVH Dilancarkan Khamis

PM Lancar Prospektus Penyenaraian FGVH Khamis depan

MOHD ISA merasmikan Hari Kesihatan FELDA Wilayah Terengganu dan sambutan Hari TB Sedunia Peringkat Negeri Terengganu sambil disaksikan Dr Anwa di FELDA Ketengah Jaya, Dungun, semalam.

DUNGUN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan prospektus penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Kuala Lumpur Khamis depan.

Menyatakan demikian, Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, pelancaran itu bagi membolehkan FGVH disenaraikan ke Bursa Malaysia.

"Cuma tinggal beberapa hari saja lagi untuk Datuk Seri Najib melancarkan kempen penyenaraian FGVH serta proses penerimaan tempahan di mana 20 peratus sahamnya menjadi milik peneroka yang berjumlah 112,635 orang.

"Manakala 17 peratus lagi sahamnya dipegang oleh badan amanah jemaah menteri yang menjaga Felda," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan sambutan Hari Kesihatan Felda Wilayah Terengganu dan sambutan Hari Tibi Sedunia peringkat negeri Terengganu di Ketengah Jaya dekat sini, Sabtu.

Mohd Isa berkata, daripada 20 peratus saham milik peneroka itu yang mendapat untung, ia akan diagihkan kepada semua 112,635 peneroka berkenaan.

Katanya selain itu Felda juga mengagihkan saham kepada kerajaan-kerajaan negeri dan yang menjadi amalan Felda, saham-saham juga akan diagihkan kepada institusi-institusi pelaburan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan lain-lain.

Sementara itu mengenai Hari Tibi Sedunia beliau berkata, terdapat peningkatan kes penyakit Tibi di kawasan gugusan Felda Kerteh yang mempunyai hampir 20,000 peneroka.

Katanya, pada tahun 2010 terdapat 17 warga Felda mengidap penyakit Tibi di negeri Terengganu, manakala pada tahun lepas meningkat kepada 32 orang.

Katanya yang membimbangkan sehingga bulan April tahun ini terdapat 18 kes warga Felda yang mengidap penyakit berkenaan di negeri itu.

"Oleh itu saya menyeru orang ramai bersama-sama memainkan peranan untuk menghentikan penularan penyakit Tibi di negara kita agar sasaran jangka panjang iaitu eliminasi Tibi daripada menjadi masalah kesihatan awam di dunia menjelang tahun 2050 akan dapat dicapai," katanya. - BERNAMA

PM Lancar Prospektus FGVH Khamis | Detik Perubahan

Posted: 27 May 2012 01:16 AM PDT

DUNGUN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan melancarkan prospektus penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) Khamis ini yang dijangka menyaksikan 37 peratus daripada 2.19 bilion saham akan diperuntukkan bagi manfaat peneroka.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, daripada jumlah itu, 20 peratus akan diperuntukkan kepada sebuah tabung amanah yang akan menjaga kepentingan peneroka, manakala 17 peratus lagi akan ditawarkan untuk jualan kepada 112,635 peneroka dan petugas serta kakitangan FELDA.

"Semua peneroka akan mendapat manfaat berpanjangan daripada penyenaraian ini," katanya sambil menambah penyenaraian FGVH yang dijangka menjadi proses terbitan awam (IPO) terbesar di Asia tahun ini, diunjurkan dijual pada lebih RM4 sesaham.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan sambutan Hari Kesihatan FELDA Wilayah Terengganu dan sambutan Hari TB Sedunia Peringkat Negeri Terengganu di Bandar Ketengah Jaya, di sini, semalam. Hadir sama Ahli Parlimen Dungun, Datuk Matulidi Jusoh; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Zakaria @ Mohd Ariffin Abdullah dan Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Anwa Sulaiman.

Mengulas lanjut, Mohd Isa berkata, FELDA sudah menyediakan panel tujuh bank untuk membantu peneroka menguruskan pembelian saham, jika mereka memerlukan pinjaman serta membuka akaun dagangan saham.

Katanya, FELDA juga mengagihkan saham kepada kerajaan negeri dan pelbagai institusi pelaburan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Tabung Haji.
Mengikut draf prospektus IPO FGVH kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC), daripada 2.19 bilion saham, 1.92 bilion saham yang mewakili 52.5 peratus modal terbitan dan berbayarnya akan ditawarkan untuk langganan pelabur institusi, manakala 273.61 juta saham atau 7.5 peratus lagi akan ditawarkan kepada pelabur awam.

Beberapa laporan sebelum ini menyebut FGVH yang dijangka disenaraikan pada 28 Jun ini, dianggarkan bakal memiliki modal pasaran berjumlah RM18 bilion.

FGVH dijangka melancarkan kempen langganan selepas pelancaran prospektus pada 31 Mei ini dan menentukan harga sesaham untuk pelabur runcit pada 15 Jun.

Sementara itu, mengulas kempen kesihatan itu, Mohd Isa berkata, ia bertujuan menyuburkan kesedaran kepada peneroka untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan mencegah penularan gejala penyakit TB.

"Kerajaan menyediakan kemudahan kesihatan terbaik terutama daripada aspek pencegahan bagi memastikan penularan penyakit dibendung," katanya mengulas peningkatan kes TB di Gugusan FELDA Kertih, sehingga jabatan kesihatan negeri memilih kawasan itu untuk pelancaran kempen berkenaan.

Pada 2009, ada tujuh kes TB di kawasan itu dan meningkat kepada 11 kes pada 2010, 13 kes (2011) manakala sehingga April 2012, 10 kes TB dikesan.

Bagi meningkatkan aspek penjagaan kesihatan terutama kepada warga FELDA dan penduduk Ketengah Jaya yang jauh dari bandar ini, Mohd Isa berkata, Yayasan FELDA turut meluluskan peruntukan RM85,000 untuk pembelian sebuah alat ultrasound untuk ditempatkan Klinik Kesihatan Ketengah Jaya.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohd Isa yang juga bekas Naib Presiden UMNO berkata, selain mencegah penyakit berjangkit, masyarakat termasuk warga FELDA perlu mengelak terkena 'penyakit hati' seperti yang dialami pemimpin pembangkang hingga sanggup berbohong dan memutar belit setiap kebaikan kerajaan Barisan Nasional (BN) demi memancing undi.

"Penyakit hati seperti yang ditanggung kalangan pemimpin pembangkang lebih berbahaya daripada penyakit berjangkit seperti TB, sekali pun kerana kerajaan BN menyediakan kemudahan kesihatan terbaik untuk mengubat penyakit berkenaan…tetapi penyakit hati dan suka berbohong tidak ada ubatnya," katanya. – Berita Harian

Jengka 19: Berita Harian: Nasional

Posted: 26 May 2012 11:40 PM PDT

Model Malaysia jadi legasi kerajaan Najib

Posted: 26 May 2012 05:08 PM PDT

Nasional

ARTIKEL terbitan terbaru majalah Forbes Asia bertajuk The Malaysian Third Way: A Public-Private Partnership versi laman web Forbes di http://www.forbes.com/sites/forbesasia/2012/05/22/the-malaysian-third-way-a-public-private-partnership/

Kerjasama swasta turut perkasa negara

KUALA LUMPUR: Laluan Malaysia sebagai kerajaan progresif dengan kerjasama sektor swasta yang rancak telah memperkasakan negara ke arah mencapai matlamatnya dan membantu mewujudkan kehidupan lebih baik untuk rakyatnya, kata Michael J Hershman, pengasas bersama Transparency International.

"Apa saja keputusan pada pilihan raya akan datang, model Malaysia sudah pun menjadi legasi kerajaan Datuk Seri Najib Razak yang kukuh dan lama bertahan," demikian menurut beliau dalam terbitan terbaru majalah Forbes Asia bertajuk The Malaysian Third Way: A Public-Private Partnership.
"Tidak seperti kebanyakan ahli politik lain yang terlupa dengan janji kempen mereka, Najib meminta untuk dihakimi dan bertanggungjawab ke atas akauntabiliti bagi perkembangan yang beliau sudah, atau tidak, laksanakan."

Michael J Hershman,
pengasas bersama Transparency International

Bekas pegawai penyiasat kanan dalam Jawatankuasa 'Watergate' Senat Amerika Syarikat (AS) dan perunding kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) yang dipertanggungjawabkan untuk membina strategi negara memerangi rasuah, Hershman berkata, perdebatan di Malaysia antara mereka yang mahukan kerajaan dan mereka dalam sektor swasta yang percaya kemakmuran serta pewujudan pekerjaan boleh berlaku dengan kurang kerajaan bukanlah sesuatu yang luar biasa.

"Ia berlaku di seluruh dunia – di AS, Kesatuan Eropah (EU) dan pada pilihan raya presiden Perancis baru-baru ini, dan seluruh negara di Asia dan Lembangan Pasifik," kata beliau.

Bagaimanapun, Hershman berkata adalah jelas rumusan ataupun penyelesaian akhir ialah bukan pergantungan sepenuhnya kepada kerajaan mahupun kepada sektor swasta, tetapi sebaliknya, laluan cara ketiga – perkongsian awam-swasta untuk membawa kemakmuran dan perkembangan ekonomi kepada rakyat.

Itulah model, yang sejak beberapa tahun lalu, perdana menteri ikuti untuk melaksanakan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP), kata beliau.
"Sejak beberapa tahun lalu, saya bertindak sebagai ahli kepada Panel Penilai Antarabangsa Malaysia yang diwujudkan untuk meneliti keputusan kedua-dua GTP dan ETP, dan saya melihat sendiri perkembangan sebenar sudah pun dibuat.

"Tidak seperti kebanyakan ahli politik lain yang terlupa dengan janji kempen mereka, Najib meminta untuk dihakimi dan bertanggungjawab ke atas akauntabiliti bagi perkembangan yang beliau sudah, atau tidak, laksanakan.

"Dalam kata lain, beliau mahukan kad laporan – dan lagi bagus, beliau mahukan semua orang turut saksikan. Dan mereka ikut. Sesungguhnya, beliau bersedia untuk dihakimi oleh penentu akhir akan kejayaan ataupun kegagalan dalam demokrasi: iaitu pengundi untuk negara beliau," tulisnya.

Ketika Najib memulakan ETP setahun yang lalu, Hershman berkata Perdana Menteri menetapkan matlamat khusus untuk dicapai menjelang 2020 – iaitu untuk mentrans-formasikan Malaysia menjadi negara pembangunan lebih tinggi dengan pendapatan perkapita sekurang-kurangnya AS$15,000 dan untuk menarik serta menyalur AS$444 bilion dalam kebanyakan pelaburan swasta.

Ia untuk melepaskan Malaysia daripada perangkap 'pendapatan sederhana' dan kelembapan ekonomi yang ia telah alami dalam tahun kebelakangan ini.

Konsisten dengan gabungan 'cara ketiga' kerajaan dan kepemimpinan pasaran swasta, beliau beralih kepada seorang menterinya, Datuk Seri Idris Jala, bekas ketua eksekutif Penerbangan Malaysia yang berjaya, untuk menerajui ETP. – BERNAMA

PM lancar prospektus FGVH Khamis

Posted: 26 May 2012 05:00 PM PDT

Nasional

MOHD ISA merasmikan Hari Kesihatan FELDA Wilayah Terengganu dan sambutan Hari TB Sedunia Peringkat Negeri Terengganu sambil disaksikan Dr Anwa di FELDA Ketengah Jaya, Dungun, semalam.

MOHD ISA merasmikan Hari Kesihatan FELDA Wilayah Terengganu dan sambutan Hari TB Sedunia Peringkat Negeri Terengganu sambil disaksikan Dr Anwa di FELDA Ketengah Jaya, Dungun, semalam.

37 peratus daripada 2.19 bilion saham diperuntuk kepada peneroka

DUNGUN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan melancarkan prospektus penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) Khamis ini yang dijangka menyaksikan 37 peratus daripada 2.19 bilion saham akan diperuntukkan bagi manfaat peneroka.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, daripada jumlah itu, 20 peratus akan diperuntukkan kepada sebuah tabung amanah yang akan menjaga kepentingan peneroka, manakala 17 peratus lagi akan ditawarkan untuk jualan kepada 112,635 peneroka dan petugas serta kakitangan FELDA. "Semua peneroka akan mendapat manfaat berpanjangan daripada penyenaraian ini," katanya sambil menambah penyenaraian FGVH yang dijangka menjadi proses terbitan awam (IPO) terbesar di Asia tahun ini, diunjurkan dijual pada lebih RM4 sesaham.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan sambutan Hari Kesihatan FELDA Wilayah Terengganu dan sambutan Hari TB Sedunia Peringkat Negeri Terengganu di Bandar Ketengah Jaya, di sini, semalam. Hadir sama Ahli Parlimen Dungun, Datuk Matulidi Jusoh; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Zakaria @ Mohd Ariffin Abdullah dan Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Anwa Sulaiman.

Mengulas lanjut, Mohd Isa berkata, FELDA sudah menyediakan panel tujuh bank untuk membantu peneroka menguruskan pembelian saham, jika mereka memerlukan pinjaman serta membuka akaun dagangan saham.

Katanya, FELDA juga mengagihkan saham kepada kerajaan negeri dan pelbagai institusi pelaburan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Tabung Haji.
Mengikut draf prospektus IPO FGVH kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC), daripada 2.19 bilion saham, 1.92 bilion saham yang mewakili 52.5 peratus modal terbitan dan berbayarnya akan ditawarkan untuk langganan pelabur institusi, manakala 273.61 juta saham atau 7.5 peratus lagi akan ditawarkan kepada pelabur awam.

Beberapa laporan sebelum ini menyebut FGVH yang dijangka disenaraikan pada 28 Jun ini, dianggarkan bakal memiliki modal pasaran berjumlah RM18 bilion.

FGVH dijangka melancarkan kempen langganan selepas pelancaran prospektus pada 31 Mei ini dan menentukan harga sesaham untuk pelabur runcit pada 15 Jun.

Sementara itu, mengulas kempen kesihatan itu, Mohd Isa berkata, ia bertujuan menyuburkan kesedaran kepada peneroka untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan mencegah penularan gejala penyakit TB.

"Kerajaan menyediakan kemudahan kesihatan terbaik terutama daripada aspek pencegahan bagi memastikan penularan penyakit dibendung," katanya mengulas peningkatan kes TB di Gugusan FELDA Kertih, sehingga jabatan kesihatan negeri memilih kawasan itu untuk pelancaran kempen berkenaan.

Pada 2009, ada tujuh kes TB di kawasan itu dan meningkat kepada 11 kes pada 2010, 13 kes (2011) manakala sehingga April 2012, 10 kes TB dikesan.

Bagi meningkatkan aspek penjagaan kesihatan terutama kepada warga FELDA dan penduduk Ketengah Jaya yang jauh dari bandar ini, Mohd Isa berkata, Yayasan FELDA turut meluluskan peruntukan RM85,000 untuk pembelian sebuah alat ultrasound untuk ditempatkan Klinik Kesihatan Ketengah Jaya.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohd Isa yang juga bekas Naib Presiden UMNO berkata, selain mencegah penyakit berjangkit, masyarakat termasuk warga FELDA perlu mengelak terkena 'penyakit hati' seperti yang dialami pemimpin pembangkang hingga sanggup berbohong dan memutar belit setiap kebaikan kerajaan Barisan Nasional (BN) demi memancing undi.

"Penyakit hati seperti yang ditanggung kalangan pemimpin pembangkang lebih berbahaya daripada penyakit berjangkit seperti TB, sekali pun kerana kerajaan BN menyediakan kemudahan kesihatan terbaik untuk mengubat penyakit berkenaan...tetapi penyakit hati dan suka berbohong tidak ada ubatnya," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads