Khamis, 17 Mei 2012

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


teganuku: Perkaya Bina Pusat Tahfiz <b>di</b> Jerangu Tahun Depan <b>...</b>

Posted: 16 May 2012 05:09 PM PDT

Pusat Tahfiz Al-Quran milik Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (Perkaya) yang akan dibuka di Jerangau, Dungun tahun depan bakal melahirkan lebih ramai imam muda daripada kalangan anak yatim di negeri ini.
 
Yang Dipertua Perkaya, Datuk Dr. Tengku Mahmud Mansor berkata, ini kerana dengan adanya pusat tahfiz seluas kira-kira 0.6 hektar itu, anak-anak yatim berpeluang mendalami ilmu agama dengan lebih selesa.



Katanya, pusat tahfiz yang dibina dengan kos RM400,000 di atas tanah wakaf milik bekas Ahli Parlimen Dungun, Datuk Awang Jabar itu turut dilengkapi sebuah kompleks termasuk kolam renang, kolam ikan, dewan dan bilik untuk kemudahan tetamu.

"Sebelum ini, tempat tersebut merupakan pejabat wakil rakyat ketika arwah masih menjadi Ahli Parlimen Dungun.

Tanah berkenaan telah diwakafkan oleh isteri allahyarham Awang Jabar, To' Puan Mariam Abdullah kepada Perkaya.

"Kawasan itu telah ada sebuah kompleks yang bernilai hampir RM1 juta, merangkumi kolam renang, kolam ikan, dewan yang boleh menampung 100 orang , lima bilik untuk tetamu serta kemudahan wakaf rehat," katanya kepada pemberita selepas majlis Penyampaian Pakaian Raya kepada anak-anak yatim daerah Kuala Terengganu di Kediaman Seri Iman semalam (16 Mei).

Isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Hajah Norliza Mahmud merasmikan majlis berkenaan dan menyampaikan sumbangan pakaian raya kepada 667 orang pelajar yatim dari 81 buah sekolah dalam daerah Kuala Terengganu.

Katanya, Perkaya akan membina satu blok bangunan tiga tingkat di kawasan itu untuk menampung 150 orang anak yatim yang akan dididik untuk menjadi imam-imam muda pada masa hadapan.

Menurutnya, pusat ini terbuka kepada semua anak-anak yatim di seluruh negeri dan sekurang-kurangnya mendapat 3B dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan sebagai permulaan 20 pelajar akan memula sesi pembelajaran pada Januari tahun depan.

"Matlamat kita mahukan anak-anak yang hafal al Quran dan juga cemerlang dalam akademik di mana mereka akan dihantar belajar ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerangau.

Katanya, hajat Perkaya selepas habis di SMK mereka akan meneruskan pengajian mereka di Universiti Kolej Bestari untuk mengikuti kursus latihan persediaan selama setahun sebelum membuat Ijazah untuk tempoh tiga tahun.

"Hasrat kita biarlah seramai 11,636 orang anak yatim yang ada diluar asrama dapat mengambil manfaat ini untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang al-Quran," katanya.

Sehubungan itu, Perkaya telah membelanjakan RM75,000 untuk membeli pakaian raya kepada 1,102 anak yatim di seluruh negeri tahun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads