Ahad, 13 Mei 2012

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


teganuku: Projek Janakuasa Hidro <b>Hulu Terengganu</b> Bernilai RM1.6 <b>...</b>

Posted: 30 Apr 2012 12:28 PM PDT

Projek janakuasa hidro elektrik Hulu Terengganu mampu menjana sehingga 250 megawatt melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM1.6 bilion.

Presiden dan juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata projek dijangka siap menjelang akhir 2015.

Katanya, dengan projek hidro kedua di Hulu Terengganu itu, ia sedikit sebanyak dapat membantu mengawal air daripada berlakunya banjir sebagaimana kegunaan projek Hidro Elektrik Sultan Mahmud, Kenyir.

Che Khalid berkata, pembinaan empangan baru ini dilaksanakan dengan sebaik mungkin di mana TNB berusaha mengelak daripada sebarang pembersihan atau penebangan kawasan hutan yang tidak perlu. "Kita mahu mengelak penebangan hutan seminimum yang mungkin.

Kita mahu mengekalkan kehijauan kawasan hidro berkenaan supaya alam sekitar masih kekal seperti sedia ada," katanya.

Menurut Che Khalid, TNB akan membelanjakan kira-kira RM9.7 bilion bagi menambah kapasiti penjanaan elektrik di seluruh negara bagi tempoh lima tahun akan datang.

Katanya, antara pelaburan besar sehingga 2017 ialah bagi membina beberapa stesen janakuasa elektrik yang dikenalpasti lokasinya.

Beliau berkata antara stesen yang sedang dalam pembinaan ialah Stesen Jana Kuasa Elektrik Sultan Azlan Shah Manjung, Perak, melibatkan peruntukan RM6 bilion, janakuasa hidro elektrik di Hulu Terengganu (RM1.6 bilion) dan Hulu Jelai di Pahang (RM2.1 bilion).

Satu lagi projek janakuasa elektrik arang batu yang dirancang oleh penjana tenaga bebas untuk disiapkan pada 2016 iaitu di Tanjung Bin di Johor melibatkan peruntukan RM6 bilion.

"Ini bermakna bagi tempoh lima tahun akan datang, jumlah projek baru yang akan memberi penambahan janakuasa kepada TNB iaitu sebanyak 2,000 megawatt dengan menggunakan arang batu manakala 630 megawatt menggunakan hidro yang jumlah keseluruhan berjumlah 2,630 megawatt.

"Purata TNB membelanjakan hampir RM2 bilion setahun untuk penjanaan elektrik negara dan ia tidak termasuk projek lain seperti penghantaran dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Pelencongan Air Sungai Terengganu untuk projek Hidroelektrik Hulu Terengganu semalam.

Turut hadir Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Operasi TNB, Datuk Dr Azman Mohd, Naib Presiden (Penjanaan) TNB, Datuk Ir Mohd Nazri Shahruddin dan Pengurus Besar TNB Negeri Terengganu, Ir Md Yuslan Md Yusof.

Che Khalib berkata kapasiti semasa tenaga elektrik TNB ialah 20,000 megawatt iaitu 12,000 megawatt melalui gas, 7,000 megawatt dari arang batu dan 1,500 megawatt melalui hidro.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads