ads

Sabtu, 7 April 2012

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


'Siri Desakan Ke Atas Azmin Mainan Politik'

Posted: 06 Apr 2012 08:14 PM PDT

MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan siri tuduhan dan desakan ke atas. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali termasuk daripada ahli akar umbi baru-baru ini lebih bersifat mainan politik lawan menjelang pilihan raya umum.

"Keadaan itu bukan sahaja menyasarkan pemimpin parti pembangkang tetapi kepada pemimpin kerajaan dalam usaha menjatuhkan mereka seperti mana yang banyak berlaku sebelum ini apabila pilihan raya semakin hampir," katanya.

Tiga hari lalu, sekumpulan ahli PKR termasuk mendakwa masih memegang jawatan di peringkat cabang mengugut untuk keluar parti jika Azmin gagal memberikan penjelasan yang memuaskan mengenai dakwaan pemilikan saham oleh beliau dan isterinya yang dikatakan bernilai jutaan ringgit.

Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd Isa Saidi yang mengetuai kumpulan itu berkata, Azmin tidak boleh lagi berdolak-dalik mengenai isu itu sebaliknya perlu memberikan penjelasan yang meyakinkan semua ahli bahawa beliau tidak bersalah.

Sehubungan itu, kata Mohd Isa, jika Azmin masih tidak mahu menjawab isu itu secara telus, adalah lebih baik jika beliau keluar sahaja daripada PKR.

Kelmarin, Bagaimanapun Ketua Cabang Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, Isa tidak layak mengeluarkan kenyataan itu dan tidak memegang jawatan tersebut sebab telah digugurkan atas alasan muflis.

Mengulas lanjut beliau berpendapat Pakatan Rakyat (PR) mampu mempertahankan negeri yang ketika ini dikuasai barisan pembangkang jika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) melalui proses demokrasi yang lebih telus.

"Sekiranya pilihan raya mengikut proses demokrasi sebenarnya, kita boleh bertahan. Tetapi sekarang ini, di Selangor kita dapati penambahan pengundi yang terlalu mendadak, di luar dugaan, di luar kelahiran penduduk," katanya.

Dengan mengambil contoh pada pilihan raya lalu di Terengganu, katanya, agak mustahil jumlah penduduk di Kemaman meningkat mendadak dengan jumlah 17,000 orang dalam tempoh empat tahun iaitu pada 2004 hingga 2008.

"Kini, pengundi dikesan bertambah di beberapa tempat tumpuan di Selangor, peningkatan jumlah penduduk dikesan meningkat di beberapa kawasan terbabit. Ini satu penipuan. Ia termasuk dengan pemberian kad pengenalan kepada warga asing," katanya.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian selepas merasmikan Bilik Gerakan PRU13 Dewan Himpunan Penyokong Pas Parlimen Marang di Pekan Wakaf Tapai, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali; Yang Dipertua Pas Marang, Yahaya Ali dan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas.

Selain itu kata Abdul Hadi, pihaknya masih meragui ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana sehingga sekarang masih tidak serius dengan tuntutan supaya undi pos dimansuhkan kerana ia meragukan, tidak telus dan boleh dieksploitasi. - Sinar Harian Online

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved