ads

Ahad, 22 April 2012

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


teganuku: Demonstrasi PAS Berkaitan Tanah Pada 24 April <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2012 02:22 PM PDT

PAS Terengganu nampaknya mahu menggunakan demonstrasi sebagai modus operansinya melawan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke 13 (PRU13) tidak lama lagi.

PAS mengambil ketetapan untuk bersama penyokongnya mengadakan demontrasi besar-besaran pada 24hb April ini di Wisma Darul Iman sempena persidangan Dun Terengganu.

Peluang ini diambil kerana pada pendapat PAS hari berkenaan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) berada di Wisma Darul Iman dan boleh menerima memorandum rakyat untuk diserahkan.

PAS Terengganu menyifatkan cara ini adalah suara rakyat bersama NGO seperti GEMPUR, GEMPAR, ANAK, WARIS dan semua pertubuhan bukan kerajaan yang bersimpati dan membela rakyat.

Malah PAS menyifatkan pemimpin UMNO Terengganu sebagai 'rakus dan merampas hak rakyat' dalam isu tanah membabitkan:

 1. Tanah I-Sharp yang bakal melibatkan tanah rakyat untuk pembinaan kolam udang di Setiu;

 2. Tanah jelapang padi di Langkap yang melibatkan petani lebih daripada seratus orang yg diambil untuk diserahkan kepada syarikat untuk dikomesilkan.
 3. Tanah Banggol Donas yang melibatkan pembinaan Highway. 
4. Tanah Generasi kedua Felda melibatkan 1,090 lot di Ketengah Jaya yang dirampas untuk dikomesialkan
 5. Tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan yang diramPAS oleh 5 JKKK di Kampung Limbong, Paka 
 6. Bantahan Anak terhadap penyerahan tanah Felda Plantation yang akan diserahkan kepada FGVH untuk diapungkan di Bursa saham. 

Menurut PAS demonstrasi ini adalah isyarat rakyat agar pemimpin BN perlu cakna dan menyelesaikan isu rakyat ini.

Malah PAS berharap melalui demonstrasi ini, semua rakyat sedar dan boleh menggunakan kuasa undi mereka bagi menggantikan pimpinan yang mereka anggap sombong dan angkuh dalam PRU13 yang akan datang.

Bagi PAS hanya kejatuhan Umno-BN sebagai jawapan yang paling tepat untuk menyelesaikan permasalah ini. Namun, persoalan ialah kenapa pilih demonstrasi?

Seorang pemimpin PAS mengatakan : "Kita belajar dari demontrasi yang dianjurkan oleh Umno ketika menentang Malayan Union... Kenapa sekarang PAS buat tak boleh? Tidakkah Umno yang ajar?"

Persoalannya ialah apakah demonstrasi yang dianjurkan PAS ini sebesar atau sepenting menentang Malayan Union?

Mudahnya untuk PAS menyamakan demonstrasi yang akan mereka adakan dengan tunjuk perasaan orang Melayu yang menuntut merdeka.

Sebelum kita melihat enam isu tanah yang diperkatakan oleh PAS, ada beberapa pertanyaan seperti berikut:

1. Kenapa pilih 24 April 2012 dan bukan pada 23 April 2012 sebalik Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin merasmikan Sidang DUN? 
 2. Kenapa isu nasional, umpamanya isu tanah Felda mahu dicampuradukkan dengan kononnya isu tanah negeri? 
3. Bagaimana jika tuntutan mereka tidak dipenuhi kerana ia tiada asas? Apakah cara demonstrasi akan terus digunakan? 

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved