ads

Ahad, 8 April 2012

13 di kemaman - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


Jom IT <b>di KEMAMAN</b> « MyBeauty Diary.

Posted: 05 Apr 2012 11:01 PM PDT

Salam Ceria buat pengunjung setia blog ini. 

Minggu lepas saya berpeluang untuk berkongsi sedikit sebanyak peluang dan pengalaman berniaga secara online di Karnival Kerjaya dan Pendidikan, Majlis Perbandaran Kemaman. Alhamdulillah anak-anak Kemaman semuanya bijak, pandai dan berhemah.

Zaman sekarang terlalu ramai yang celik IT namun masih kurang pengalaman menjana income melalui IT. Sedihkan? Kuasa menjana pendapatan hebat sering terlepas pandang untuk memanafaatkannya. Bagaimana suri rumah mampu menjana pendapatan seiring pegawai tinggi hanya dari meja dapur. Bestkan? Mula-mula dulu saya juga agak skeptikal kerana hanya mendengar khabar. Namun niat untuk mencuba amat tinggi. Bermula hanya suka-suka 'copy paste' modul smart solat untuk kanak-kanak 7-10 tahun ke dalam blog saya. Tempahan mulai masuk. Kaedah promosi saya offline + online

  • Bina blog yang cantik, lengkap dan jelas maklumat
  • SMS Blaster ke semua kenalan
  • Email maklumat dan link kepada semua contact email
  • Iklankan di Majalah yang ada kaitan dengan ibu bapa dan pendidikan

Hanya dengan langkah sesimple ini pengalaman itu amat mengejutkan saya. Booking mulai masuk dan saya mula semangat. Saya teruskan usaha dengan menghantar surat ke sekolah. Dengan bantuan blog itu, ibu bapa mendapat maklumat jelas mengenai modul, tenaga pengajar, langkah keselamatan, dan misi dan visi. Keyakinan pelanggan meningkat dan mereka yakin.

Dengan menggunakan bayaran peserta saya menguruskan projek itu tanpa resiko. Projek 2 hari tersebut membolehkan saya menjana RM18,000.00 bersih. Alhamdulillah. Bermulalah episod saya sebagai seorang usahawan di internet.

Seterusnya saya menjalankan kursus online business, kursus jahitan tudung, kursus balutan hamper, kursus video audio editing dan sebagainya lagi. Hanya dengan transfer idea anda kedalam blog dan jadikan ianya duit, senangkan?

Kini saya berazam untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan saya dengan seramai mungkin insan lain yang berhasrat mengubah kehidupan dan membaiki ekonomi rumah tangga from the comfort of your kitchen… hehehehe kerana saya sering update blog saya di dapur sebelum mampu mengubahsuai ofis yang lebih selesa di tingkat atas rumah saya.

Bagi yang berminat boleh email saya

mastura.saad@cbdgroup.co.cc                                                                                                                                      

atau hubungi 0126243343.

Semoga kita semua berjaya dunia dan akhirat. Amiiiinnnn

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved