Rabu, 25 April 2012

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Suara dari Bumi Semantan: Menjejak Keluarga

Posted: 24 Apr 2012 09:16 PM PDT

Mendengar cerita dari Khatib Ali ( 98 tahun), Moyang Seh datang dari Batang Kali, Selangor merentasi Banjaran Titiwangsa dan singgah di Kg. Durian Sebatang, Dong, Raub berjumpa kaum keluarga dan sahabat handai. Nak dijadikan cerita, disitulah pertemuan Moyang Seh dan Moyang Nor. Moyang Nor menetapkan syarat iaitu Moyang Seh perlu mencantumkan kembali batu asah yang telah patah dan Moyang Seh berjaya melakukannya. Jadilah mereka berdua suami isteri dan dikurniakan 3 orang anak; Wook, Omar dan Dollah.
Ayahanda Moyang Seh tinggal di Raub, manakala datuknya berada di Lanchang. Moyang Seh mengikuti Moyang Nor ke Kg. Bolok, Lanchang dan tinggal disana hingga ke akhir hayat. Tok Wook dan Tok Omar mempunyai jarak umur yang dekat berbanding adiknya Dollah yang jauh tengka umurnya. Pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Tok Wook dan Tok Omar begitu nakal hinggakan askar Jepun ditamparnya menyebabkan mereka berdua diburu. Mereka berdua bersembunyi didalam timbunan petai yang dibawa untuk berniaga ke Temerloh, akhirnya mereka tiba di Kuantan. Tok Wook berkahwin dengan Timah binti Abdullah dan tinggal di Kg. Melayu Alor Batu, Jabor manakala Tok Omar pula berkahwin dengan Selamah dan tinggal di Kg. Darat Sekolah, Beserah. Adiknya yang bongsu tinggal bersama ibunya, Moyang Nor binti Bahaman di Irung Kg. Bolok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads