Rabu, 18 April 2012

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Baiki Jalan <b>Jabor</b>-Kota Bharu

Posted: 12 Dec 2011 03:02 PM PST

KUALA TERENGGANU 12 Dis. – Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) mendesak Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu dan Kelantan membaiki segera jalan rosak dari Jabor melalui Bukit Besi, Ajil sehingga Kota Bharu demi keselamatan pengguna.

Presidennya, Datuk Mohd. Firdaus Abdullah berkata, pihaknya menerima banyak rungutan daripada pengguna kerana keadaan jalan berkenaan yang kini semakin teruk.

Katanya, ramai pengguna mengemukakan aduan kepada cawangan PPPM di Kelantan dan Terengganu kerana tidak berpuas hati setelah mendapati jalan berkenaan mengalami kerosakan teruk yang dibimbangi boleh mengancam keselamatan mereka.

Menurutnya, berdasarkan aduan, terdapat banyak lubang sehingga sedalam 15 sentimer selain lopak berair setiap kali selepas hujan, bermula dari Jabor menghala Bukit Besi, Dungun.

"Begitu juga laluan ke Kota Bharu di mana jalan juga berlubang di sana sini. Banyak kenderaan mengalami kerosakan dan ada yang terbabas selepas terlanggar lubang.

"Kita amat berharap pihak berkenaan khususnya JKR di kedua-dua negeri terbabit segera mengambil tindakan sewajarnya termasuk menampal segera lubang-lubang tersebut kerana ia membahayakan keselamatan pengguna," katanya ketika menghubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Mohd. Firdaus berkata, berikutan masalah itu, laluan tersebut seolah- olah tidak lagi sesuai untuk digunakan oleh kenderaan ringan dan hanya untuk kenderaan berat sahaja.

Beliau menambah, maklum balas positif daripada pihak berkenaan amat dialu-alukan demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

Katanya, para pengguna mengharapkan keadaan jalan yang berbaloi dengan jumlah insurans dan cukai jalan yang dibayar mereka.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads