Selasa, 10 April 2012

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Dari Minda Mohd Nasron Hashim: Jajahan Kota Bharu

Posted: 09 Feb 2012 09:20 AM PST

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
KOTA BHARU ialah ibu negeri Kelantan. Bandar ini mula dibuka pada masa pemerintahan Sultan Muhammad II pada tahun 1844, dan merupakan bandar tertua di sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia. Bandar ini terletak tidak jauh dari muara Sungai Kelantan. Kota Bharu menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan negeri Kelantan. Jumlah penduduk pada 2010 ialah sekitar 609,886 orang, menjadikannya bandar terbesar di pantai timur Semenanjung. Kota Bharu tidak mempunyai rangkaian lebuh raya tetapi boleh dihubungi melalui lebuh raya terdekat Lebuhraya Pantai Timur dan susur keluar di Jabor, Kemaman dan meneruskan melalui Jalan Persekutuan 12 ke Kuala Berang dan Kuala Terengganu dan menuju ke Kota Bharu atau Lebuhraya Utara Selatan di persimpangan Simpang Pulai yang melalui Cameroon Highland menuju ke Gua Musang dan seterusnya ke Kota Bharu di Jalan Persekutuan 8 . Kota Bharu juga tidak mempunyai rangkaian kereta api tetapi boleh menggunakan stesen kereta api terdekat di Wakaf Bharu 5 kilometer ke utara Kota Bharu.
Kota Bharu juga merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang.
Keistimewaan dan tempat menarik di Kota Bharu.
  • Pasar Besar Kota Bharu (Kaum wanita banyak berniaga di sini).
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
  • Gelanggang Seni (Tempat kegiatan kesenian dan kebudayaan).
  • Perusahaan batik (Perusahaan yang terkenal di Kelantan).
Kota Bharu telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1844 oleh DYMM Sultan Muhammad II sebagai ibu negeri Kelantan yang baru bagi menggantikan Kota Saba yang tidak lagi sesuai untuk dijadikan pusat pentadbiran negeri kerana selalu diancam dengan banjir. Baginda telah bersemayam di sebuah istana yang digelar "Kota Bharu" sempena kota yang baharu dibuka oleh baginda. Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian, istana Kota Bharu tersebut telah ditukar nama kepada Istana Balai Besar ekoran kekeliruan yang timbul di antara nama tempat dan juga nama sebuah istana.
Sejak itu, Kota Bharu telah mengalami proses urbanisasi yang pesat dan menjadi tumpuan penduduk. Hari ini, Kota Bharu telah muncul sebagai bandar terbesar di Pantai Timur Malaysia dengan jumlah penduduk melebihi 609,886 orang.
Penduduk Kota Bharu kaya dengan budaya yang sungguh unik. Lantaran itu, pada 25 Julai 1991, ibu negeri Kelantan ini telah diisytiharkan sebagai kota budaya oleh DYMM Al-Sultan Kelantan. Manakala pada 1 Oktober 2005, ibu negeri Kelantan ini telah diisytiharkan sebagai sebuah bandar raya Islam dengan gelaran "Kota Bharu Bandar Raya Islam".
Kota Bharu juga ialah tapak pendaratan angkatan tentera pencerobohan Jepun pada 8 Disember 1941 semasa Perang Dunia Kedua.
Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam
Kota Bharu diisytiharkan sebagai Bandar raya Islam pada hari Sabtu 1 Oktober 2005 jam 10 malam oleh Sultan Kelantan, DYMM Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra di Stadium Sultan Mohammed Ke IV. Perasmian turut disaksikan oleh ribuan hadirin sehingga terpaksa menonton di layar yang dipasang di beberapa tempat disekitar Kota Bharu.
Selepas perasmian tersebut, Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) ditukar nama baru iaitu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI).
Akan tetapi pengisytiharan ini bukan bermakna bandar Kota Bharu telah mendapat status bandaraya sepeti yang lain, tetapi sekadar menggelarkan Kota Bharu sebagai bandar yang bercirikan Islam sebagaimana Melaka digelar Bandaraya Bersejarah atas dasar bercirikan sejarah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads