ads

Sabtu, 14 April 2012

13 di bukit besi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di bukit besi - Google Blog Search


Pertandingan Bola Sepak peringkat PKG <b>Bukit Besi</b>

Posted: 05 Apr 2012 10:00 AM PDT

Bismillahirahmanirahim...........

Assalamualaikum W.B.T

Bersyukur kehadrat Allah S.W.T serta selawat dan salam kepada nabi besar junjungan kita Muhammad S.A.W. Dalam kesempatan yang terluang ini, terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat secara langusng mahupun tidak langsung dalam merealisasikan penubuhan Laman blog Sekolah ini.

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkayakan rakyat Malaysia dengan ilmu IT, SK TEPUS menyahut cabaran ini lalu terzahirlah sebuah laman blog yang memang dinanti-nantikan oleh setiap warganya. Seluruh warga sekolah harus berbangga dengan produk yang lahir atas usaha kita bersama.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Atas daya inilah tujuan utama laman blog ini menjadi kenyataan. Ibubapa diberi kemudahan secara langsung untuk mengetahui intipati dan agenda sekolah yang boleh didapati dengan hanya satu 'klik' di hujung jari. Kemudahan di hujung jari ini juga bagi memudahkan para pelawat yang mengunjung ke laman blog ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang SK Tepus dan pencapaiannya.

Manfaatkanlah ilmu yang ada di sekeliling kita. Arus perubahan dan pemodenan haruslah kita terokai bersama agar kita tidak ketinggalan dalam anjakan paradigma ini. Semoga segala keringat yang tumpah menjanjikan satu harapan baru dalam usaha membawa SK Tepus ke arah yang lebih cemerlang dengan prestasi yang mengagumkan, Insya Allah.

"Melestarikan Pendidikan Terbilang"

Sekian, terima kasih.


0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved