Rabu, 7 Mac 2012

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


teganuku: RM27 Juta Bina Jalan & Lebar Jalan <b>Di</b> daerah Dungun <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2012 11:25 AM PST


Kerajaan negeri meluluskan peruntukan hampir RM12 juta bagi pembinaaan jalan dan longkang di seluruh daerah Dungun, tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata kerajaan juga menaikkan jumlah peruntukan kepada RM750,000 bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di daerah itu berbanding RM500,000 sebelum ini bagi menaiktaraf sistem perparitan, longkang dan jalan kampung di DUN berkenaan.

"Bagi DUN Rantau Abang pula, kita meluluskan peruntukan RM1 juta bagi menaiktaraf dan mendalamkan Sungai Pimpin," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja di daerah Dungun, semalam.

Turut mengiringi Menteri Besar melawat beberapa projek perparitan dan jalan di daerah itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Za'abar Mohd Adib; Ahli Parlimen Dungun, Matulidi Jusoh; Ahli Dewan Undangan Negeri, Paka Mohd Ariffin Abdullah dan Adun Jabi, Ramlan Ali.

Selain itu, katanya, kerajaaan negeri juga meluluskan peruntukan RM15 juta bagi melebarkan jalan raya kepada empat lorong di Rantau Abang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads