Khamis, 8 Mac 2012

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


teganuku: Silika Tidak Dibenar Dibawa Keluar

Posted: 20 Feb 2012 10:20 AM PST

Kerajaan negeri tidak membenarkan sumber asli silika yang terdapat daerah di Setiu dan Marang di bawa keluar, sebaliknya pelabur luar perlu melabur dan memprosesnya di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, langkah itu bertujuan menjaga kepentingan rakyat tempatan kerana industri tersebut mampu menjana lebih 1,000 peluang pekerjaan jika ia dimajukan serta merangsang pembangunan industri hiliran berkaitan.

Beliau berkata, tapak projek silika seluas 1,800 hektar di Setiu dan Marang itu terletak dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan bakal menjadi kawasan perindustrian berpusat pertama di dunia untuk sektor berkaitan silika.

"Projek ini akan dibangunkan oleh Terengganu Industrial Minerals Sdn Bhd (TIM) dengan kerjasama syarikat-syarikat antarabangsa dari Jepun, India, Perancis dan Belgium," katanya ketika berucap pada majlis Perasmian Projek Silika dan Pelancaran Terengganu Kristal di Taman Tamadun Islam (TTI) Pulau Wan Man, Kuala Terengganu semalam.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan majlis itu dan pelancaran projek berkenaan.

Hadir sama Pengerusi Kumpulan TIM Tengku Sri Temenggong Raja, Datuk Seri Tengku Baharuddin; Setiusaha Kerajaan, Datuk Haji Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Toh Chin Yaw.

Kenamaan lain yang hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan ECER, Datuk Jebasingam Issace John; Ketua Pegawai Eksekutif TIM, N.Surendren: Ketua Pegawai Operasi Sumitomo Corporation Asia (Japan), Manabu Yamane dan Ketua Pegawai Eksekutif Sibelco Asia (Belgium), Bruno Wauters.

Tambahnya, konsortium berkenaan akan melabur antara RM350 juta hingga RM400 juta dalam tempoh lima tahun akan datang untuk membangunkan penceriaan dan industri hiliran di lembah silika.

Katanya, kerajaan memberi pajakan lombong kepada TIM untuk meneroka, melombong, memproses dan membangunkan industri silika daripada peringkat awal loji penceriaan sehingga ke pengeluaran komersial.

"Terengganu mempunyai kawasan rizab terbesar pasir silika di negara ini dan Asia Tenggara dengan lebih 80 juta tan metrik deposit silika gred tinggi," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads