ads

Sabtu, 3 Mac 2012

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


teganuku: Peruntukan Permulaan RM9 Juta Program <b>...</b>

Posted: 28 Feb 2012 06:31 PM PST

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan RM9 juta buat permulaan kepada Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) untuk perancangan program pembesaran pembangunan Bandar Ketengah Jaya dekat Dungun.

Ia bertujuan memastikan penduduk luar bandar juga dapat menikmati segala kemudahan dan pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan.

Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata perancangan pembesaran bandar tersebut akan dibangunkan kepada tiga fasa dimana ia membabitkan keluasan tanah 45 hektar dengan kos anggaran RM30 juta keseluruhannya.

"Buat masa ini, fasa pertama pembangunan ini melibatkan sekitar lapan hektar akan dimajukan bermula sekitar tahun depan.

"Ia dijangka akan menempatkan 28 lot rumah kedai dan 224 rumah serta kemudahan infrastruktur supaya penduduk kampung mendapat manfaat daripada usaha kerajaan yang dibina Ketengah tidak lama lagi," katanya.

Di samping itu jelasnya, kawasan itu juga akan dimajukan dengan premis kedai selain memajukan sektor perladangan di kawasan itu.

"Untuk fasa pertama tahun ini, sebanyak RM9 juta diperuntukkan dan jika ada keperluan untuk tahun depan, peruntukan tambahan lebih RM12 juta lagi akan disediakan bagi membangunkan kawasan ini," ujarnya.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved