Ahad, 25 Mac 2012

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


teganuku: Stadium Mini Akan Dibina <b>di Hulu Terengganu</b>

Posted: 12 Feb 2012 05:02 PM PST

Sebuah stadium mini akan dibina di daerah Hulu Terengganu dalam usaha mengembangkan bakat sukan di kalangan belia dan mengelak mereka daripada melakukan gejala yang kurang sihat, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau berkata kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.5 juta untuk kerja-kerja menambak tanah bagi tapak stadium berkenaan.

"Kita minta tender dikeluarkan segera kerana untuk mementapkan tanah memakan masa juga," katanya di Kuala Berang.

Ahmad Said berkata kerajaan negeri telah mengenal pasti kawasan seluas lebih 10 hektar di Kampung Paya Besar untuk pembinaan stadium itu. Kos pebinaan mini stadium itu setakat ini belum dapat dipastikan dan ia masih dalam proses mereka bentuk.

Selepas kerja meratakan tapak dan memastikan tapak selamat dalam tempoh masa setahun pihaknya akan mengeluarkan tender bagi mendirikan bangunan kompleks sukan mini itu.

"Kita perlu mengambil masa sebelum membina stadium kerana bimbang berlaku sesuatu yang tidak diingin sekiranya tanah tidak mantap. Kalau tidak selamat dan berlaku penurunan tanah, berlaku bangunan retak pula. Kita sudah ada peruntukan RM1.5 juta dan boleh lakukan kerja tanah dengan segera.

"Saya minta supaya cari reka bentuk stadium yang baru, sebagaimana Kemaman dan Besut reka bentuknya yang asal dan sudah ketinggalan zaman serta tidak sesuai lagi dengan masa kini," katanya ketika sidang media selepas mengadakan Lawatan Kerja Ke Kawasan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT), semalam.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Datuk Rosol Wahid; Adun Kuala Berang Zawawi Ismail.

Turut hadir, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Wan Mohd Wan Ibrahim dan Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, Haji Talaha Ali.

Ahmad Said berkata setakat ini Kemaman dan Besut sudah memiliki stadium mini masing-masing tetapi kedua-dua stadium itu sudah lama dan tidak sesuai lagi dengan keadaan sekarang.

Beliau berkata sukan adalah satu cabang yang diberikan perhatian oleh kerajaan negeri bagi melahirkan generasi cergas dan sihat.

"Kita harap ramai lagi atlet-atlet sukan yang berwibawa akan dilahirkan di daerah Hulu Terengganu dengan adanya mini stadium ini," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads