Sabtu, 4 Februari 2012

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Melancong <b>di</b> Hari Jumaat | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan

Posted: 12 Jan 2012 10:40 PM PST

Salah satu keunikkan Malaysia adalah penduduk berbilang bangsa dan agama.Setiap penduduk mempunyai kepercayaan yang berbeza tetapi masing-masing menghormati kepercayaan antara satu sama lain.Di Malaysia,Agama Islam adalah agama rasmi dan sebahagian besar penduduknya adalah beragama Islam.Sinonim dengan agama Islam Masjid.Masjid merupakan tempat ibadat umat Islam dan di Malaysia terdapat banyak masjid-masjid yang dibina dengan pelbagai reka bentuk dan seni.

Jadi kali ini saya ingin kongsikan 5 Masjid Tercantik Di Malaysia.Sumber ini saya perolehi daripada rakan blogger saya iaitu Oh Malaysia.

Masjid yang terletak di Kuala Kangsar, Perak ini antara masjid yang tercantik di dunia. Diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya.

Foto: Kwong Hong

 Salah sebuah masjid yang utama di Kuala Lumpur. Masjid ini mempunyai seni bina Timur Tengah dan seni bina Melayu. Juga mempunyai pengaruh seni bina Masjid Biru di Istanbul, Turki.

Foto: pjfncs27

Masjid Kristal terletak di kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Merupakan masjid pintar pertama di Malaysia.

Foto: Saharudin Mohd Dan

Masjid Putra menjadi mercu tanda Putrajaya. Terletak bersebelahan dengan Tasik Putrajaya.

Foto: Amai Lordarkmal

Masjid yang terletak di negeri Sabah ini dibuka secara rasmi sempena pengisytiharan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandaraya pada 2 Februari 2000.

Lihatlah betapa cantiknya masjid-masjid yang dibina.Adakah masjid-masjid ini dibina  untuk menarik pelancong atau untuk digunakan untuk beribadat?

Apa yang kita harapkan adalah supaya Malaysia sentiasa aman.Walaupun berbilang bangsa dan Agama tetapi masih mempunyai sikap bertolak ansur dan bertoleransi.Insya-Allah.

Full content generated by Get Full RSS.

Ally Iskandar Hadiahkan Farah Lee Sebuah Rumah <b>di</b> Damansara <b>...</b>

Posted: 21 Jan 2012 12:54 AM PST

KUALA TERENGGANU: "Saya bersyukur kerana semua yang dirancang berjalan lancar," kata pengacara terkenal TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36, yang sah bergelar suami kepada Nurfarahin Romli, 23, dengan dua kali lafaz pada majlis pernikahan mereka di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, di sini, semalam.

Ally yang segak mengenakan persalinan baju Melayu putih kelihatan tenang ketika dinikahkan jurunikah Mohd Abu Bakar dengan mas kahwin RM250 tepat jam 10.03 pagi.

Seperti pasangan lain, Ally turut mengharapkan perkahwinan dibinanya bersama Nurfarahin, penuntut tahun akhir jurusan Kejuruteraan Mekanikal Universiti Incheon, Korea Selatan berkekalan hingga akhir hayat.

"Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan isteri. Keayuan wajahnya dan pendirian tegasnya dalam sebarang keputusan dibuat antara sebab saya tertarik dengannya.

"Insya-Allah, saya akan menjaganya dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang," katanya sambil memaklumkan belum memilih sebarang lokasi berbulan madu.

Menurutnya, dia akan ke Korea Selatan selama enam hari pada awal Mac depan untuk menghantar isterinya yang akan menyambung pengajian tahun akhir di negara berkenaan.

"Ia ibarat bulan madu singkat buat kami di sana sebelum terpaksa berpisah sementara. Nampaknya selepas ini saya perlu mengumpul wang untuk melawat isteri sepanjang berada di sana kelak," katanya dalam nada bergurau.

Hadir sama pada majlis akad nikah bertemakan merah jambu dan ungu itu adalah keluarga kedua-dua pihak.

Sementara itu, Nurfarahin yang lebih dikenali sebagai Farah Lee dalam kalangan rakannya dan tampak cantik mengenakan gaun putih turut melahirkan rasa syukur kerana doanya untuk mendirikan rumah tangga ketika masih menuntut dimakbulkan.

"Saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang bukan saja menyayangi saya dan keluarga, tetapi boleh membimbing saya.

"Sebagai isteri, saya akan cuba menyesuaikan diri dan melakukan yang terbaik untuk memahami pekerjaan suami yang dikenali ramai," katanya.

Pada majlis itu, pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran daripada pihak perempuan termasuk bunga rampai, iPhone, kemeja, jubah, sejadah, baju Melayu, senaskhah al-Quran, manisan serta coklat manakala pengantin perempuan pula menerima balasan tujuh dulang hantaran antaranya sirih junjung, telekung, sejadah, sebentuk cincin, mas kahwin, kunci rumah, coklat, manisan, komputer riba jenama Apple dan senaskhah al-Quran.

Bagaimanapun, Nurfarahin tidak menerima wang hantaran daripada pihak lelaki, sebaliknya dihadiahkan sebuah rumah dibeli Ally di Damansara, Kuala Lumpur.

Dianggarkan lebih 500 jemputan daripada pihak lelaki dan perempuan hadir memeriahkan majlis berkenaan dengan wakil keluarga pengantin perempuan mengenakan pakaian sedondon warna kelabu manakala persalinan hijau bagi keluarga pengantin lelaki. Majlis resepsi pihak lelaki akan diadakan di Kuala Terengganu Golf Resort, Tok Jembal, di sini, 5 Februari depan

Blog Widget by LinkWithin

Jom Klik LIKE...Sharing Is Caring... :D

Full content generated by Get Full RSS.

ANGIN LAUT CHINA SELATAN: PANAS!!! BLOGGERS TERKENAL <b>...</b>

Posted: 29 Jan 2012 08:04 PM PST

Aduh!! Paroks...parok sangat....Angin betul aku.....mana tidak hampir 50 orang bloggers dan facebookers terkenal dari seluruh Malaysia telah menyerang negeri Terengganu dua tiga hari lepas.

Mereka termasuk PAPAGOMO, RBF, FLYKICKS, APA (AKU PEDULI APA), CUCU TOK SELAMPIT, PAS BERUK, AZMY AWANG KELANA JAYA, JAS SALLEH  dan ramai lagi yang tak sempat Angin tulis di sini. Macam-macam "senjata" yang mereka bawa, ada yang bawak kamera, i-pad, blackberry, guan telephone cangkih untuk tweet dan lain-lain lagi.
Angin pun mencelah sama jugaklah....
Heheheee..... jangan le mengelabah, sebenarnya mereka dijemput khas ke Terengganu atas inisiatif DATO WAN HISHAM BIN WAN SALLEH dan  blogger DIN TURTLE untuk satu program yang begitu bermakna bagi Angin di Terengganu ini. Maklum ler, kita ini orang kecil, perlukan tunjuk ajar blogger-blogger terkenal seperti mereka.
Apa yang menariknya  ketika di sini, kami dibawa menaiki cruise menyusuri sungai Terengganu (Sebenarnya Angin sendiri tak pernah naik cruise walaupun angin anak jati Kuala Terengganu) dan kami singgah di Taman Tamaddun Islam di Pulau Wan Man. Di sana kami di sambut oleh YB Tuan Haji Razif Bin Abdul Rahman, Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu. Penerangan tentang negeri Terenggani diperjelaskan oleh YB Razif.... Urmmmmmm...... HEBAT NEGERI DARUL IMAN ini sebenarnya. Rakyatnya dah celik mata dengan kebajikan yang telah diberikan oleh KERAJAAN MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN ini.
Sebelah malamnya pula kami dipertemukan dengan YAB DATO SERI HAJI AHMAD BIN SAID dan dihidangkan dengan makan malam. Kemudian YAB MENTERI BESAR meluangkan masa hampir 3 jam untuk menjawap soalan-soalan dari bloggers. Bukan YAB MENTERI BESAR yang nak termuntah dengan soalan-soalan tapi angin tengok bloggers jemputan ini hampir kehabisan soalan yang nak ditanya.... huhuhuuhuhu...HEBATNYA MB aku ni, apa taknya, semua soalan dijawap dengan steady sahaja, siap dengan penjelasan yang panjang lebar lagi... Ada seorang peserta tu sempat berbisik dengan angin katanya "MB ini seorang insan yang cerdik lagi bijaksana, kami pulak yang kalah dengan jawapan yang diberikan) Huh!!! terangkat beb..bangga tul aku dengan MB aku ini. (KEMBANG SEGALANYA MASA TU BRO....)
Keesokan harinya diadakan FORUM berkaitan peranan bloggers dalam menghadapi PRU13 dengan panelnya YBHG DATO WAN AHMAD FARID Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, RBF, AZMI AWANG KELANA JAYA dan ENCIK HAMBALI iaitu pegawai penyelidik kepada YAB MENTERI BESAR TERENGGANU. Banyak yang dikongsikan ketika forum berlangsung. Yang paling menyentuh hati apabila AZMY AWANG KELANA JAYA meminta kami, cybertroopers dari Terengganu bangun dan kemudian meminta kepimpinan negeri melihat kami, melihat dari sudut yang lebih mendalam, menjaga kebajikan kami yang berjuang gila-gila untuk menjaga nama baik negeri DARUL IMAN yang tercinta ini. Tepukan gemuruh diberikan kepada kami......Terimakasih banyak-banyak Abg Azmy....
Tapi sepanjang forum itu, ada satu perkara yang paling angin tak dapat lupa apabila RBF yang pernah 'SEPI MENGENANGKAN NASIB"  berpesan kepada kami seupaya tidak mengharapkan apa-apa ganjaran tetapi tunjukan BUKTI bahawa kita benar-benar berjuang demi agama, bangsa dan tanah air. Juga kata beliau : UMNO MENGGUNAKAN POLITIK UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA tapi PAS MENGGUNAKAN AGAMA, BANGSA DAN SANGGUP MENGGADAIKAN NEGARA DEMI POLITI PRIBADI MEREKA.
Angin merasakan apa yang dicetuskan oleh DATO WAN HISHAM WAN SALLEH ini adalah satu program yang amat memberi kesan kepada blogger kecil seperti kami. Kami memerlukan  sokongan dari bloggers ternama untuk memberi tunjuk ajar dan terus terang astinya untuk menaikkan ranking blog kami. 
Memang ada yang tak puas hati tapi.....lantaklah. Yang penting pengalaman dan tunjuk ajar itu lebih penting dari benda-benda remah yang tak masuk akal.
Apapun angin sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada DATO WAN HISHAM WAN SALLEH, YB TUAN HAJI RAZIF dan yang paling PENTING YAB DATO SERI MENTERI BESAR TERENGGANU yang begitu MESRA BLOGGER.
I luvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv Terengganu..
p/s: Dengar kata Terengganu adalah negeri pertama yang mesra blogger, negeri lain nak tengok saja ke?
Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads